Cabaran 30 Hari : Hari 25 - Berita Terkini Hari Ini Yang Di Baca

1:25 PM Yanty Lee 4 Comments



Hari 25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Di Baca

""Seorang ibu terpaksa menjalani detik-detik cemas apabila bayinya digigit dan dicengkam oleh seekor biawak besar. Kejadian berlaku di Kampung Tekek, Pulau Tioman Pahang. Menurut ibunya pada kira-kira jam 10.30 pagi, bayi perempuannya seberat 9 kilogram diletakkan di atas lantai dapur. Ibunya kemudian meninggalkan bayi itu untuk mengambil sesuatu sebelum terdengar bunyi bising dari bahagian dapur. Ia diikuti suara bayi menangis dengan kuat. Sebaik ke dapur, dia mendapati seekor biawak besar sedang menggigit dan mencengkam bayi itu dengan kukunya dan menarik bayi itu keluar dari dapur untuk dibawa ke dalam semak. Bayi itu dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, sebelum dirujuk ke Hospital Mersing, Johor. Keadaannya dilaporkan stabil.""


Takut pula rasa , walaupun tak ada anak sendiri lagi tapi Ty kan suka pergi berjalan ke pulau - pulau. Seram dan tak sanggup tengok gambar adik yang kena serang dek si biawak ganas ni.

4 comments:

  1. Naseb baik kak ty tk letak pic budak tuu

    ReplyDelete
  2. Alahaii ida tertengok ari tu pic baby tu.. alahai ngerii. Terus close! Xsangguppp.. jaat bewak!

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen