Satay Tulang Jelebu di Senawang

4:36 PM Yanty Lee 8 Comments



Satay Tulang Jelebu | Satay Tulang ini merupakan resepi warisan turun - temurun yang berasal dari daerah Jelebu. Satay Tulang ini juga bukan lah tulang semata - mata tapi adalah daripada lebihan ayam yang digunakan untuk satay ayam.

Pertama kali dengar dan makan. Persepsi Ty di awal , "Macam mana nak makan satay tulang tu?"

Satay - satay yang sedang di bakar 

Cakap terus terang , berdebar juga nak cuba makan satay tulang ni , peniaga memang tak menang tangan dengan pelanggan yang ramai , tak berhenti yang datang makan di situ atau bungkus. Terdetik dalam hati , "Kompem sedap ni". Kalau tak , mustahil la pelanggan tak berhenti datang.


Meleleh! 



Omaigodd!! Sangat menyelerakan dan satay tulang istimewanya , diproses dengan rempah ratus dan bahan campuran yang diadun secara tradisional. Keunikkan satay tulang ni disajikan dengan kuah kacang yang sangat sedap. Kuah kacang dibuat dengan menggunkan hampir 70 % kacang dan menjadikan kuah kacang lebih pekat dan bila dicicah , akan melekat pada satay. Perghhh! 

Timun dan bawang datang bersama satay. Bagi yang gemarkan Nasi Impit , boleh tambah pesanan. Dan ada juga dijual satay ayam dan daging selain satay tulang.


Bagi u olls , yang nak rasa sendiri ni tempatnya ; 

No 123G, Jalan Komersial 5, Dataran Senawang, Negeri Sembilan.

Sedap , u olls harus cuba!

8 comments:

  1. alamak... dah la hantu satay.. tgk ni macam meleleh je air liur... uhhuhu

    entry terkini...D.I.Y - Tempat pin tudung

    ReplyDelete
  2. Penanh makan! Yup terasa segala rempah. Sedap. Ramai orang kat sini malam2.

    ReplyDelete
  3. Ala tengok gambar je dah telan air liur banyak kali. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. Ya allah tgk gambar.. sedapnyer. Hihik

    ReplyDelete
  5. dah lama benar tak makan sate tulang rasanya nih..

    ReplyDelete
  6. selalu gak pi makan kat sini...lepak ngan adik beradik...hehehehhe

    ReplyDelete
  7. tempat si Ipah ni. tapi memang pestime dengar satay tulang tu ty

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen