Cabaran 30 Hari : Hari 17 - 5 Perkara Yang Dirindukan

12:30 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls , 

Banyak perkara yang berlaku setiap saat di sepanjang perjalanan kehidupan kita. Walaupun ada yang pahit sekelat mana pun , pasti juga ada yang semanis kurma. Tak kiralah apa jua situasi , bila dikenangkan semestinya mengamitkan kenangan dan tercebis sedikit rasa rindu. 

Apa nak dirindukan ye geng?

Hari 17 :
5 Perkara Yang Dirindukan


Rindu pada ; 

1. Kucing - kucing kesayangan Ty 


Sejak dari kecil , Ty dan kucing tak dapat dipisahkan. Jadi tak heranlah sampai ke hari ini , Ty memang seorang yang "cat lover". Dah 6 tahun Ty dok jauh , apartment la kiranya yang mana Ty tak boleh nak bela kucing. Kerja pun tak kira masa , mampuih kucing tu nanti pula. Kalau la ada , boleh buat peneman. 
{taip ni pun rasa nak nangis}



2. Merempit

Seriously , dah berzaman tak nek motor. Bukan minah rempit tapi sejak dok Putrajaya , tak berpeluang langsung naik motor. Nak beli motor , dilarang sekerasnya. Zaman bercinta je orang len carry , eh. Lejan motor marka , daddy , kawan cam jalan tu cheq yang punya.




3. Main Hoki / Netball / Volleyball

Dulu aktif sukan masa di bangku sekolah. Kalah anak Negro lah kulit kena sambar dengan dek si pancaran matahari.Kayu hoki pun dah hilang , netball dengan volleyball je la Ty masih juga main suka - suka untuk Bahagian kat opis. Bestnya sebab semua tu geng , kira kami conquer kaw - kaw. Wakil sampai peringkat Negeri la juga.


4. Kawad kaki Kadet Polis

Garang? Mungkin sebab dah biasa dengan peraturan yang sangat disiplin dalam pasukan Kadet Polis. Walaupun hanya di peringkat sekolah dan daerah. Setakat pumping atas jalan tar yang panas tu , dah jadi lauk. Memang tak dinafikan , garang sebab penolong komander platun. Tegas itu Ty akui. Satu kepuasan bila kawad sebenarnya.


5. Masakan Mummy & Daddy



Dah 6 tahun Ty di "perantauan" , jauh dari keluarga. Bila jauh baru rasa apa itu erti rindu. Sorang - sorang terkontang - kanting. Walaupun hampir 2 tahun Mummy pernah tinggal dan dok sekali , tapi masih tak lengkap. Jangan terkejut nya , Daddy Ty pun pandai masak. Rindu dia layankan ja kerenah Ty nak makan apa. Sampai la sekarang. Nak gorengkan telur ke nugget pun , Daddy buatkan. Suap makan pun kadang - kadang semua orang dalam rumah terpaksa la layan.

Argh , rindu serindu rindunya.

Layan lagu Achik Spin jap. Bye!

10 comments:

  1. Huaaaaaaa walaupun ens baru berjauhan dengan family tapi ena rindukan masakan mak ena.. hurmmmm

    ReplyDelete
  2. kawad tu yang nak buat sangat..kawad bunga

    ReplyDelete
  3. kawad...ohhhhhhh really miss it ....huuhuuuu

    ReplyDelete
  4. tag untuk anda :P

    http://www.nooratikahramli.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete
  5. Ah layan lagu achik spin plak.. pcl dah taktau nak rindu apa..haha.

    ReplyDelete
  6. Sekali imbas dah tahu Ty memang jenis aktif time sekolah dulu kan hehe. Tengok lincah dh tahu dah.

    Ty, Akak pun rindu mo bela kucing sobsob~

    ReplyDelete
  7. ida pon rindu kucing2 ida duluuu huhuhuhuhu

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen