Cabaran 30 Hari : Hari 13 - 5 Blog Kegemaran

Saturday, September 13, 2014



Salam uolls , Selamat berhujung minggu dan beristirehat.


Sebagai blogger , walaupun bukanlah blogger tegar apatahlagi blogger sepenuh masa , Ty juga tetap ada singgah , baca entri blog dari rakan blogger lain dan juga meninggalkan jejak dengan sebaris dua kata - kata komen sebagai tanda sokongan buat si tuan tanah punya blog untuk terus bersemangat berblogging.

Harap u olls pun macam gini ye , suntikan semangat sesama kalangan blogger lah akan kukuh industri blog.

Blog kegemaran , takda. Sebabnya Ty anggap setiap penulisan semua blogger memang best. Mana yang update dan terpandang di bloglist / dashboard dengan tajuk yang menarik pasti Ty singgah baca.

Tapi Ty akan cuba sahut cabaran hari ni.

Hari 13 :
5 Blog Kegemaran

1. Travel My Way - timetravelafif.blogspot.com
Ty kagum dengan Brader Afif ni , sebab dia seorang backpackers yang dah travel hampir ke seluruh pelusuk dunia. Sebab Ty suka bab - bab berjalan dan memang teringin jadi macam dia jadi dia macam bagi aura tuk capai hasrat , In sha Allah one day. Esok (14/0/2014) majlis perkahwinan beliau. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru in advance.

2. Dapur Tanpa Sempadan - tiffinbiru.com
Blog masakan yang dikenali di kalangan bloger - blogger. Pak Cik Mat Gebu atau PCM adalah panggilan mesra bila berinteraksi. Angin kukus bila nak masak bila datang , Ty akan cari resepi di blog PCM. Ty sendiri dah rasa sendiri masakan PCM , bukan nak amik hati tapi hakikatnya memang sedap.

3. Zyra Roxx - zyraroxx.blogspot.com
Cik kak punya blog comel kecik je orang nya. Tapi isi penyampaian pada entri - entri dia , memang kena dengan situasi yang berlaku di sekeliling kita seharian. Apa yang buat Ty suka blog Zyra ni sebab lukisan doodle yang sangat cool dan roc.k tu memang mencuit minat tuk terus melekat dan baca entri nya sampai habis. Lawak tapi direct to the point.

4. Blog - blog rakan blogger - seperti di sidebar bloglist.
Ada masa dalam 1- 2 jam Ty akan singgah setiap blog rakan - rakan. Kira "blogwalking" la. Macam Ty bagitau tadi di awal, semua blog rakan - rakan best.

5. Blog sendiri - www.yanty.my
Blogger mesti ada blog sendiri jadi mestilah kena suka dengannya. Kenapa, supaya dapat terus menulis.


Apapun terima kasih buat semua yang banyak bagi Ty semangat untuk terus berblogging. Selamat berblog semua!

4 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.