Akademi Fantasia 2014

10:24 AM Yanty Lee 6 Comments



Salam u olls , 

Buat pertama kali Ty berpeluang untuk menonton pertandingan nyanyian Akademi Fantasia secara lintas langsung bagi minggu pertama di MBSA , Shah Alam pada malam Ahad yang lepas. Jemputan khas atas tiket sebagai blogger. Ke sana dengan rakan - rakan dari #kelabbloggerbenashaari , terima kasih buat Ben Ashaari atas pelawaan.


Akademi Fantasia 9  , sekejap masa berlalu ye. Dah AF ke-9 pada tahun 2014. Dan Ty akui dah lama tertinggal musim - musim yang lepas memandangkan tak ada ASTRO di rumah sekarang kecuali di Penang. 


Pengalaman yang menarik bila berada di auditorium dengan menonton secara live


Datuk Hattan merupakan pengetua AF2014 . Barisan juri tetap pula Datuk Ramli MS , Raja Azura dan juri jemputan pada malam minggu pertama ialah Tam Spider.


Pengacara yang senantiasa dengan lawak selamba membuatkan penonton tidak kering gusi , gandingan dua pelawak terkenal Zizan Razak dan Jihan. Seperti sedia maluman pada pengakhir malam AF2014 bagi minggu pertama , tiada penyingkiran cumanya Jihan akan digantikan dengan Faizal Ismail (FBI) bagi minggu seterusnya.


Ewal

Nuha



Apa yang Ty boleh katakan , persembahan yang mendatar. Tiada apa kelainan sangat. Okey , bagi chance masih lagi di minggu pertama katakan. Kita sama - sama saksikan pada minggu kedua dan seterusnya , baru nilai kaw - kaw untuk bermain teka teki siapakah yang bakal bergelar juara nanti.


AFUNDI , masih menggunakan pesanan khidmat ringkas (SMS) sebagai cara mengundi para pelajar AF ini. 

SMS : Taip AFUNDI<jarak>[nama singkatan PELAJAR] atau AFUNDI<3/5/10><jarak>[nama singkatan PELAJAR] untuk (3/5/10 undian) ke 32777
Contoh : AFUNDI10 [nama singkatan PELAJAR] ke 32777.
Untuk 20 undian: Taip AFUNDI20<jarak>[nama singkatan PELAJAR] ke 32777.


Zarif , Firman , Ewal , Aman , Azwan , Farez
Adel , Nuha , Wawa , Muna , Ziha , Nina


Pilihan Ty pada malam tu? - Nuha.


Kita tunggu next week pula dan harapnya ada kejutan dari pelajar - pelajar AF2014.


Untuk makluman AF2014 ; 

Twitter : @AkademiFantasia
Instagram : @AkademiFantasia
Website : www.af.com.my


#kelabbloggerbenashaari

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen