Cabaran 30 Hari : Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak - Kanak

Thursday, September 11, 2014

Salam u olls ,

Dah besar panjang sekarang. Percaya ke tak , itu adalah kenyataan. Cepat sungguh masa berlalu dan pengembaraan yang bergelar seorang bayi hingga sekarang pastinya meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit. Antaranya , mana paling mencuit hati bila di flashback kan? Part mana la yang lucu sangat tu , agaknya ye. 

Hari 11 :
Kenangan Lucu Zaman Kanak - Kanak


Masa kecik - kecik dulu , memang nakal. Jenuh la nak kawal , ini pengakuan jujur. Kalau my parents read this mesti depa nanti kata "Ha,tau pun!". 

Aktif kat sekolah. Tak cukup bersukan dan main dengan kawan - kawan kat sekolah , balik sambung pula dengan geng bas sekolah. Depa ni jiran. 

Yang bestnya , kami ni sememang poyo. Sebab apa yang tengah femes waktu dan masa , kami mesti sama naik la pulun buat juga. Katakan , TV dok tayang jualan rollerblade , pulun pakat men hat tu ja. Bila masa Olimpik paling tak boleh blah , dari pi berenang kat USM , men badminton , basikal merata sampai terkeluar dari taman. Konon paling power men getah , habis la getah dalam umah dikutip, tak cukup pi beli kat kedai mamak. Macam - macamla , tak terdaya nak taip. 

Lucu nya?

Rumah Ty ada pokok mangga yang ala rendang dan pokok kelapa. Pelepah dari pokok kelapa kami buat alas untuk lepak atas pokok mangga. Apa yang ada dalam dapur , kami bawa dan main atas pokok. Siap rancang nak pakukan serpihan kayu , nak buat rumah katanya. Arkitek sangat dengan paku dan hammer. Nak naik pandai , nak turun jenuh. Selalu kami hilang dari pandangan keluarga masing - masing sebab melilau dari kawasan rumah. Kalau dengar nama kena tepik dipanggil , atas pokok ni semua pakat dok senyap. Sebab , nak mampuih kalau mummy daddy dapat tau yang kami pi lenjan pokok tu. Stress juga la bila tau kami buat rumah mini atas tu , kena marah pun macam tak marah sebab kami ni terlebih cerdik. 

Itu kisah rumah mini Ty dengan kawan di atas sebuah pokok mangga.


Paling lucu dan memalukan , 

Budak baru nak up , kata orang baru nak kenal dunia. Tapi ni member yang punya pasal. Petang - petang nek basikal meronda usha abang - abang hensem. Dia yang nak usha erk , Ty tukang carry dia ja. Apa yang hensem pun tak tau la di mata dia waktu tu. Dalam dok skodeng usha , boleh terbabas sendiri. Mak aih , malu ! Nangka buchuk jatuh , tu la bana dok menggatai kecik - kecik.

Banyaklah kenangan. 
Rindu nya! Kena kontek geng bas sekolah balik ni , buat reunion. 

10 comments

  1. Banyak kenanhan lucu kadang2 tergelak sorg2.

    ReplyDelete
  2. Hahaha kena carry abg sendiri.. sabo jelah.. XD

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha, ty gelak tak menghingat akak, nasib bukan di office...

    ReplyDelete
  4. hahahha..mmg best msa kecik2 kan..usha abg2 hndsome yg x tahan tuuu...hhehehe

    ReplyDelete
  5. hihik... suka usha nih.. tumpang sekaki la tu walaupun tolong bawak ^_^

    ReplyDelete
  6. Zumal nak ulang ayat kat atas tu... Ha, tau pun ^_^

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.