Salam u olls ,
Geng blogger #kelabbloggerbenashaari masih lagi di Agrofarm Stay. Aktiviti yang menarik bermula sepanjang hari. Bermula dari pagi sampai ke malam.
Sebelum memulakan aktiviti , kami bersama - sama dengan warden yang menguruskan aktiviti sukaneka kami. Senaman "goyang - goyang saya pecah lemak dilakukan terlebih dahulu. Pecah lemak betul lah dengan pelbagai acara sukan santai seperti kelapa baling , cari gula dalam tepung , isi air dalam botol menggunakan span dan bawa bola ping pong dengan sudu. Dipecahkan kepada 3 kumpulan tapi jangan ditanya siapa yang menang.
Muka - muka semput lepas berlari
Fasiliti yang ada seperti kolam renang menjadi tarikan kami semua. Lepas sahaja kami beriadah , aktiviti terjun ke air la jawabnya.
Ini kami bukan badak berendam
Aktiviti tour guide di keliling kawasan Agrofarm Stay yang luasnya dalam 30km dan mengambil masa hampir 2 jam untuk kami habiskan penggembaraan kami. Macam - macam yang dapat dilihat dan tambah pengetahuan. Jenis pokok seperti pokok petai , pokok misai kucing , pokok seduduk , pokok buluh dan banyak lagi. Antara binatang yang ada di Agrofarm , kuda , arnab , landak , lembu.
Angah Judin berkayak di Kolam Kacang
Makan malam , ber-barbeQue sampai kenyang sebelum melalak sampai tak ada suara. Yang uniknya kami berkaraoke di dalam rumah yang berbentuk kasut. Lepas gian sungguh geng blogger ini menyanyi , terserlah bakat - bakat terpendam sampai tak ada suara jadinya.
Kejutan detik 12 tengah malam buat blogger Emas Putih , Uzu. Happy Birthday Uzu. Dan Happy Belated juga buat Najeeb dan Faizal Fradley.
Wahh cntik gak agrofarm ni...huhu leyh terjah nnt
ReplyDeleteJeleeesssnyeee. :'(
ReplyDeleterare sangattt tempat karok tu ty! heee~ best bestt! jelly! baii ;p
ReplyDeleteWow... badak berendam berendam yea.. sesekali seronok berehat di tempat macam tu kan...
ReplyDelete