Muaz dan Makanan Minang

3:27 PM Yanty Lee 18 Comments

Salam u olls  , 

21st Dec 2012 lepas Ty mengekoq 2 kawan blogger Ty keluar. Kami hanya berbual melalui WhatsApp sahaja. Ty agak sibuk dengan kehidupan dan kerja. Jadi sebenarnya Ty kadang-kadang je sempat curi-curi pandang telefon dan baca sekali imbas apa yang dibualkan mereka. Ty boleh terikut keluar sebabnya Qaseh dan Kak Sue ada ajak Ty , Ty terbaca waktu tu dan tak tahu menahu ke mana destinasi sebenar tapi terus jawab , OKAY . Yang pasti Kak Sue nak pergi beli tudung dan baju. 

Ty hanya maklum pada mummy  Ty yang kawan - kawan geng blogger Putrajaya ajak gi Nilai. Mummy mula bebel bila Ty dijemput lepas Maghrib yang jam di dinding hampir ke pukul 8 malam. Mummy bebel sebab hairan takkan la Nilai buka lagi ? Ha Ty pun pelik , tapi lantak la janji Ty dapat berjalan dan ikut orang shopping. Dah lama terperuk je di rumah , dah sihat sikit nak tengok la dunia luar. Tapi mummy  tak marah cuma sekadar bertanya sebab dia kenal kawan blogger Ty ni.

Perjalanan ke arah lain , Ty mula berterus terang kepada Kak Sue dan Qaseh dengan perkara sebenar. Mereka gelakkan Ty sebab Ty mati-matian ingat akan ke Nilai , dan dah bagitau dekat mummy. Rupa-rupanya Kak Sue ajak pergi Kuala Lumpur , Ty oiii! Hampeh kan Ty ni. Tahu nak ikut je orang keluar tapi tak ada inisiatif nak scroll baca apa yang dibual di WhatsApp.

Haih  la , sepanjang perjalanan asyik kena bahan je. Redha jap kena buli. Kami sampai di Jalan TAR , baq ang! Okay tu la Nilai aku , ngok ngek kan? Serbu kedai Muaz Testile sebab Kak Sue nak beli baju, tudung pelbagai jenis dan gaya. Nak buat jual rupanya tapi mak cik dia di Kelatan yang kirim. Semua yang berlaku pada masa tu la Ty baru tahu. Keciani lah daku.

tq to gugel 4 the image

Qaseh pun ada beli pashmina. Ty sekadar mengikut so tak beli apa-apa. Sebelum gerak ke kedai makan untuk makan malam bersama sempat la bergambar kejap. 

Kami !

 
Meh lentoq ke kiri ikut rentak Qaseh & Kak Sue , ahaks!

Makan malam di Restoran Rose , Kampung Baru. Kak Sue nak bawa Ty & Qaseh cuba masakan minang. Okay , bila dengar je , dah ngeri sebab tak biasa sangat makan dan apa yang bermain di kepala is  "kalau tak kena dengan tekak macam mana?". Tapi lepas dah cuba makanan minang kat situ , dan rasa "Satay Minang" favourite food Kak Sue kat situ , pergh sedap la juga , Satay yang tidak berkuah kacang tapi kuah ala-ala lemak gitu. Itu menu makan malam Kak Sue yang bajet nak berdiet u olls.

Satay Minang

Amacam , kecur air liur tak tengok  Satay Minang tu ? Tempting kan? Apa yang Ty dan Qaseh makan pula , adalah makanan biasa tapi masakan tak rasa macam biasa pun , memang air tangan orang minang agaknya. Fuh , selamat sedap kalau tak memang semulut dua je la jawab nya cuma Qaseh kata Kueh Teow Sup dia dah macam rasa kari. But the taste is nice.

Kueh Teow Goreng 

Kueh Teow Sup

Nasi Goreng + Telur Dadar

Oh itu nasi goreng En.D , si jantung hati dan In sha Allah bakal imam kepada Kak Sue , tunangnya. Yang banyak melayan kerenah Ty yang blur aje, turut membuli dan membahan Ty. Driver yang sangat bercinta pemanduannya sebab Kak Sue dan Qaseh gayat dan tak suka speed. Jadi kami semua dihantar pulang ke rumah lewat 12 tengah malam gitu. Syukur la mummy tak bebel keesokkan hari. 

girls , 
thank you for the date.
i'm happy 
thank you too
for making my day 
cheers up.
i love you girls 
no another girlfriends are like 
u , girls.
thank you.


18 comments:

  1. Nampak ok juga makanan di restoran tu, tapi makcik ni tak pernah cuba pulak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la Kakcik Nur , boleh try bila2 nanti.

      Delete
  2. aiyarkkkkk...diet la sangat mek ty oiiii....errr besor gedabak ha gambar,malu i...heeheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh buka diet ke? besar la baru jelas.

      Delete
  3. assalamualaikum yanty...mcm sedap tapi x pernah cuba lg...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam mama... Nanti bila2 mama dtg kl kena try taw.

      Delete
  4. Replies
    1. Sis Syida, lahai keciannya terus lapar. .hehe

      Delete
  5. sedapnya mkanan tu..nyummy la..hihi..best dpt kuar shopping2 cmtu..huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt best dpt jmp dierorg ni..gelak je.. Yes mknan tu sgt sedap

      Delete
  6. dah lama tak pi jalan Tar.nak kena pi la ni. rindu nak shooping kat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ty pun kalau pergi masa nak raya je. Tapi jadi rambangvmata smp xbeli apa

      Delete
  7. wah nk ikut

    snok p bershopping ni kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis iffah.... Meh2 jom len kali gather dgn qaseh n the others blogger... Seronok2...

      Delete
  8. pcl baru lps mkn pn masih lg. ..teliyoq aihh! lg2 sate minang tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Sabo2 PCL jgn ikut nafsu sgt...

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen