Menconteng di Tengah Malam Bersama Mummy

1:33 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls,

Happy weekends & Happy Ahad-day!

Dah tengah malam ni tapi Ty tak tidur lagi. Korang?
Gara-gara pagi hingga siang ke petang hari Sabtu, Ty sibuk menolong 2 rakan sepejabat uruskan perkara yang tak diigini,tapi benda dah nak jadi. Dan selepas tolong Ty lik umah tertiba sampai Maghrib terlelap, kemungkinan itulah penyebab Ty masih berjaga sekarang.

Di tengah malam yang tidak diisikan dengan sebarang program, Ty sekadar main game Pinball dari smartphone Ty ni di ruang tamu. Tiba-tiba mummy datang dan duduk disebelah Ty sambil mengenakan inaidi jari-jemari dia. Oleh kerana sebelah tangan lagi memerlukan bantuan orang lain, Ty la mangsa nya,u olls.

Selesai sudah menconteng kedua-dua belah tangan mummy Ty di jari jemarinya dengan instant henna, Ty dengan seronoknya menconteng serta mencomotkan jari-jemari Ty pula tapi hanya sebelah tangan je. Sebab Ty gatai-gatai je nak bermain dan Ty rasa geli tuk mengenakan inai di tangan sebelah kanan, terbayang nanti nak makan nasi guna tangan dan rasa geli. Sorry, imaginasi Ty memang terpesong bukan-bukan.



Hasil selepas menconteng bersama mummy. Lepas dah seronok main-main ni, baru Ty baca instruction dan rupanya kena tunngu sejam baru boleh basuh. O' tidak! Lamanya nak tunggu. Mula lah Ty kacau Kak Ros tengah kemas barang dia. Tapi Ty dah rimas sebab sebelah pergerakan tangan terbatas. Ty yang tak patient terus cuci tangan Ty.



Tu dia, hasil contengan dari Ty sendiri yang sangat comot. Sebenarnya tak gemar pun berinai ni, malam ni je gedik nak main-main. Cukup setakat ni la Ty menconteng dan dah lewat pun. Masa untuk bersama bantal buchuk tersayang.

Night u olls, Assalamualaikum.

posted from Bloggeroid

10 comments:

  1. aipp....comotnyerrr huhuhuhuhu sj usik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukhuk xpe mmg pun comot sbb mconteng bukan teliti hikhik

      Delete
  2. rajinnye berinai..Salam ,kenal. folow sini jugak.

    ReplyDelete
  3. okje pun kurang suka pakai inai ni Ty...tak taulah kenapa....tapi inai tu tak tahan lamakan..kejap je dah oren nanti warna dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm tu la Ty harap cepat la luntur dan hilang , sumpah xsuka dan rasa pelik.

      Delete
  4. inai yang nie kira xbpe gemar sgt pakai. inai daun tue suka hihihi

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen