Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 27

Sunday, January 6, 2013


Salam u olls , 




Layan tak Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) sementara tadi? Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9.00 - 11.30 malam yang berkonsepkan Gabungan Seni & Muzik.

Terdapat #12 finalist yang layak ke Anugerah Juara Lagu dan telah berentap pada malam ini ;

  1. Ombak Rindu – Hafiz & Adira
  2. Patah Seribu – Shila Amzah
  3. Simetri – Hazama & Amy Seach
  4. Idola – Azlan & the Typewriter
  5. Pelangi Senja – Stacy
  6. Lagu – Bed Room Sentuary
  7. Tanpamu – Amir Jahari
  8. Teman Pengganti – Black featuring RJ
  9. Terukir Di Bintang – Yuna (Tapi Aizat performkan seems Yuna di oversea)
  10. Ku Akui – Hafiz
  11. Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
  12. Anak Kampung – Jimmy Palikat featuring One Nation Emcee

Setelah kesemua finalist telah berentap di pentas pada malam hujung minggu ini dan ini adalah keputusannya .

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 27  ini ialah ;

Juara Anugerah Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang – Yuna/Aizat , Trofi dan RM35,000.

Naib Juara Anugerah Juara Lagu Ke 27
Idola – Azlan & the Typewriter , Trofi dan RM15,000.

Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu Ke 27
Ku Akui – Hafiz , Trofi dan RM12,000.

Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke 27
Teman Pengganti – Black featuring RJ , Trofi dan RM10,000.

Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke 27
-  Ku Akui – Hafiz , Trofi dan RM10,000.

Anugerah Juara Lagu Ke 27 Mobile Xpax
- Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Tahniah ,tahniah dan tahniah kepada pemenang !

KU AKUI dirimu telah menjadi IDOLA hatiku..
PELANGI SENJA tak lagi ku nanti kerna dirimu yang terindah dalam hidupku..
sungguh dirimu hanya ANAK KAMPUNG..
namun,namamu TERUKIR DI BINTANG paling gemerlapan di tiap malamku..
TANPAMU tak ceria hari yang berlalu..
saat kau jauh di mata,ku nyanyikan LAGU cinta kita..
makin terasa OMBAK RINDU memukul pesisir jiwa ini..
hadirlah melengkapi SIMETRI diri ini..
dan jangan biarkan ia PATAH SERIBU..
jujurnya ku tak yakin ANDAI KU BERCINTA LAGI..
dapatkah aku TEMAN PENGGANTI sebaik dirimu.

Wow , Intan Ladyana dapat sejambak bunga dari Faizal Tahir masa opening. Oh , Ty baru tahu yang Shila Amzah tulis lagu tu sendiri , so cool. By the way , "OMG" from me bila Aizat perform lagu Terukir Di Bintang - He is so "JAMBU" , man!

Ada CD akan dikeluarkan dengan memuatkan kesemua lagu yang bertanding secara live. Jadi boleh la dapatkan dan layan dalam kereta kan?

Eventho having pain of the month still wajib layan AJL 27. So Okay u olls , Ty need a rest esok kerja.
Night , Assalamualaikum.

2 comments

  1. tak tgk sampai habis pun...si kecik dah nk tido!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke , Ty pun mata dah kuyu sebab makan ubat tapi tunggu juga.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.