Siapa Kawan pada Kita?

11:46 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls,

Entri kali ni, Ty sekadar memberi pandangan juga lebih merangkap kepada isi luahan sahaja. Dengan apa yang pernah dialami dan dilihat dengan mata gorgeous Ty sahaja.

Kawan ; rata-rata diantara kita mesti punyai seorang dan lebih insan yang bergelar kawan. Tidak mengira dari faktor umur, jantun, agama, bangsa, status juga darjat. Juga sejauh mana keakraban hubungan sebagai kawan itu. Samada kawan biasa , kawan baik/rapat, teman tapi mesra mahupun kawan istimewa.


Apa kaitan di antara kawan dengan kita?

Ikhlas
Bila berkawan dengan sesiapa, ikhlaslah sebaiknya. Jangan kerana atas urusan kerja tak kira peribadi atau rasmi tak kira di mana, kita seperti mengambil kesempatan ke atas kawan itu. Andaikata, esok lusa, dia sibuk dengan urusan peribadinya, janganlah pula bersangka buruk.

Nama
Petik nama; situasi ni ada berlaku. Kiranya berpakat sesama kita untuk menjauhkan/melarikan diri kepada melakukan sesuatu perkara;selalunya ke arah kerja-kerja nakal. Tapi sekurang-kurangnya berpakat dan bukan baik petik nama orang dan menyusahkan orang lain itu atas kesalahan sendiri. Jika tidak tahu akan sesuatu perkara/ kerja, bila salah sesuka pula hati nya, sebut nama orang lain. [waklu]. Agak-agakla nak lepaskan diri pun u olls,kan? Walaubagaimanapun, janganlah berkawan dengan memilih hanya kerana si dia ada nama ; popular dikalangan semua.

Siapa
Ty berkawan saja dengan sesiapa tanpa kira siapakah dia sebelum ini dan selepas perkenalan. Bohsia ke bojan ke suami/isteri orang mahupun janda dan jika dulu dia pembunuh misteri sekali pun. Janji ukhuwah terjalin ada batas dan masing-masing tahu niat dan tujuan untuk berkawan. Kerana istilah "Berkawan biarlah beribu" memang kita harus amalkan. Tanpa mereka siapalah kita.

Kerja
Ada dikalangan kawan kita sudah berjaya dengan jawatan tertinggi dengan gaji yang lebat. Dan ada juga yang bekerja biasa-biasa sahaja yang menyebabkan isu rendah diri untuk berjumpa kerana malu dengan keadaan diri seumpama tidak setaraf lagi. Di mata Alllah SWT semua umatnya adalah sama sahaja cuma manusia mudah lupa diri bila berada di atas. Pekerjaan apa sekalipun, janji rezeki itu datang dari sumber yang halal.

Kepada kawan-kawan , Ty mungkin tak sesempurna mana di mata u olls, mana yang baik sesama perbaiki dan yang mana buruk , jangan dijadikan bahan untuk memburukkan keadaan tetapi tolong lah percantikkan itu kerja sesama umatNya dengan menasihati bukannya menghukum.

Sesungguhnya, Ty berharap jika antara kita ada perselisihan faham akan terlerai juga kelak. In sha Allah.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. saya setuju dengan entri ni.. 1000x like. paling penting sememangnya adalah ikhlas.. ikhlas melebihi segala-galanya bila kita bersahabat atas dasar ikhlas ni. kita akan rasa nikmatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan bro. Haih la ade juga kan manusia ni rupanya berkawan tapi xikhlas, sedih Ty.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen