Bonus Raya - Rambut Raya

9:13 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

31hb Julai 2013, hampir kesemua penjawat awam / kakitangan kerajaan telah pun menerima Bonus Raya berjumlah RM500 yang telah dikreditkan ke akaun masing-masing. Dah Ty hampir lupa , masuk pejabat baru tahu bila rakan sepejabat tanya samada dah masuk ke tidak.

Masuk ke tidak bukan persoalannya, tapi bonus macam tak bonus sangat pun apatahlagi raya yang bakal menjelang. Mood masih di tengah hutan Amazon. Jauh sungguh nak sampai ke kampung halaman.

Semuanya gara-gara kereta yang banyak meragam. Ringgit dan sen semuanya lebur hangus hanya padanya. Jangan kata baju raya sepasang yang RM500, make up pun kena masuk dalam list harga kawalan. Bayangkanlah.


Cun tak rambut raya saya?

Dah 3 hari kereta bertinted, makanya dah boleh cuci kereta yang kotor sebab meredah hutan Amazon kan u olls. Pusat cuci kereta amik masa sejam lebih untuk selesaikan tugas mencuci. Daripada nganga tenung tengok buah hati dicuci, ke salun la dan itu la hasilnya. Sambil manjakan kereta, tuan drebar pun nak kena manjakan. Itulah hasilnya.

Treatment je pun , u olls.

Dapat bonus ke tidak, perlu berjimat. Macam Ty, kereta buat hal mana nak cekau kalau joli je kerjanya kan? Jadi pandai-pandailah uruskan ringgit dan sen u olls , ye.

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Assalamualaikum. sheila dengan suami pun raya sederhana je. hahaha semuanya kerana keta rosak >________<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng la kita. Ty start puasa kereta memang buat perangai sesangat , sesak nafas takpe lagi ni poket pun sama.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen