Salam u olls ,
Weekends lepas merupakan hari yang sangat memenatkan. Seperti entri sebelum ini , Ty ada gitaw Sabtu lepas ke bengkel buatkan kereta menjadi lebih bergaya untuk berhari raya dan sebelah petang hingga malam Ty berbuka puasa bersama rakan blogger di Lava Grill. Hari Ahad nya pula , Ty dah janji nak turun ke KL dengan kawan baik dari darjah 1 untuk cari baju raya yang di mananya tak dak langsung persiapan awal tahun ni.
Akibat pulang lewat berLava Grill dan update entri sampai pukul 3 pagi. Terlanjaklah tidur dan tak berapa cukup rehat. Pukul 11 pagi baru gerak dari Putrajaya ke Cheras untuk pick up BFF. Jalan ke mana sahaja JEM , selamatlah drive auto. Dan kereta pun dah tak panas , nak gitaw lagi ni - kan dah tinted. Kami menuju ke Jalan TAR sebenarnya tapi akibat kesesakan yang melampau , tersasarlah kami di Kenanga Wholesale City.
Agenda membeli belah dimulakan , walhal kereta bapak moyang ang punya jauh kena pi parkir , sadis. Bukan kuruih posa kami , kami yang kuruih camni. Apa de hal , dah sampai redhakan je la torkkk! Tapi BFF lagi puas hati shopping di KWC berbanding Jalan TAR yang panas dan tak berair-con. Setuju hat ni. Jadi kami settle la beli dan menghabiskan segala ringgit dan sen di sini. Kaki tak sakit sebab berjalan tapi rasa cam nak bersalin , eh. Silap. Sakit pinggang sebenarnya.
Pusing punya pusing , tengok jam dah 6 lebih , tak dan dah nak keluar dan berbuka luar , jadi cari restaurant dalam KWC juga jawabnya, Ulam Cafe nama diberi. Restoran ini menghidangkan makanan ala kampung , cedok lauk sendiri + nasi dan ada juga makanan goreng panas yang lain.
Antara makanan dan juadah berbuka puasa kami ;
Ulam + Sambal Belacan
Gulai Ikan
Kerabu Kacang Botol
Ikan Masin
Labu Masak Lemak
Ikan Cencaru Sambal Sumbat
Daging Salai Lemak Bacang
Siput Sedut
Bandung Cincau
Amacam , hebat tak makanan berbuka Ty? Harga Ty tak tahu sebab BFF open table kali ni, TQ babe. Ada rezeki kita berCruise di Putrajaya ye. Lepas makan kedai pun dah banyak tutup , jadi tak boleh la nak sambung shopping. Nak balik rasa malam masih muda , kami ke depan je sikit dan yeah , kami join the crowd di Jalan TAR , syukurnya taklah sesak seperti semua orang gambarkan , as usual SOGO la port park kereta.
Sepanjang jalan yang terdapat hampir 500 tent
menjual pelbagai baju sempena
Aidil Fitri.
Alhamdulillah , dalam sehari sahaja berhasil untuk selesaikan membeli belah untuk diri sendiri dan keluarga , termasuklah untuk 3 heroes in Penang. Juga BFF Ty. Tengok , I manage to do it in a day that really show I ada perancangan yang baik untuk membeli belah juga tidak boros dan absolutely not a shopaholic til I drop again like last year. Haha Opsss.
So U olls , dah habis bershopping raya ke belum , ke masih tak puas lagi? Apa kaler tema tahun ni, nantikan entri Raya nanti (in sha Allah) , tak surprise la tunjuk sekarang ye dok? For u guys , beli yang patut sudah, walaupun Raya setahun sekali tapi jangan over boros ye.
Selamat bershopping!!
assalamualaikum ty, bestnya jumpa kawan dan spend time sama. sheila baru nak shopping weekend ni. Ty, awak duk mana ek?
ReplyDeleteWassalam , Sheila. Seronok la juga dapat jumpa BFF dr kecik tpi mmg kami stick till today.
DeleteWeekends , Ty sambung cuti di Penang / mula kemas rumah sana.
Ty di perantauan ni : Putrajaya , Sheila.
woahh..ikan kering tu lejen..makan soq kompom lalu punya :)
ReplyDeletemakan time hujan dengan nasik panas lagu surrr kan?
Deleteya ampun ikankering.. perghhh
ReplyDeleteSabaq Adi , nanti lik kampung mu cari la ye , Putrajaya ni adop nde cenggini ye dop?
Deletewow, tngk gmbr pun dh sy dpt gmbrkn keenakn smua mknn tu. ada sorg kwn sy yg gilakan ulam
ReplyDeleteBetul tu , bukan cara dan sudut gambar diambil , memang ternyata sodap. Kawan tu mesti cun.
Deleteulam tu memang mabeles ! tapi kalau onie ulam dengan budu la,hik
ReplyDeleteAkak , Ty mkn budu klu dh terbeli nasi kerabu , pastu mula la berdesing. uwaaa
Deletehamboihhh..menu makanan kemain lagik..
ReplyDeletecissss
Kawan Ty la yang beria bukan Ty.
Deleteoh my!! sedapnyaaa.. semua masakkan kg.. rinduuu nak makan siput sedut masak lemak tu... nomnomnom
ReplyDeleteKan...rare kan and hard to fine
Deleteseronok sangat
ReplyDeleteApa yg seronok sangat tu..dpy mkn masakan kampung ke?
Deletesemuanya sedap2..
ReplyDeleteYed, semuanya sedap dan ada rasanya
Delete