Salam u olls ,
Sebuah novel berjudul Bila Blogger Jadi Maid hasil karya Zati Mohd
Sejak bila gila baca novel pun Ty tak perasan , tapi sejak makin rapat dengan geng gegurl blogger Whatsapp Putrajaya. Soul mate Ty juga mereka ini semua. Kakak Ty cari buku di PUSTAKA , Ty tersadai di ruang novel. Tertarik dengan judul novel ni , grab and pay. Sebab Ty pun blogger la bajet je kan? Oh , Ty bukan blogger tegar , suka suki sahaja.
Berbalik pada novel Bila Blogger Jadi Maid ,
Ringkasan ; Seorang graduan yang baru sahaja tamat pengajiannya , juga seorang penulis blog yang dikenali ; Hanis Arisya ( bukan Hanis Zalikha ) telah mencuba nasib dengan mencari kerja sebagai "maid" di bandar. Perkenalan dengan anak majikan , si jejaka bernama Ash telah diakhiri dengan sebuah perkahwinan apabila bakal isteri nya tidak muncul pada hari perkahwinan mereka. Hanis Arisya telah dipujuk untuk berkahwin demi menjaga maruah keluarga itu dari malu. Hakikatnya , dia telah berpunya dan buah hatinya berada di luar negara. Perkahwinan diteruskan dengan restu kedua orang tua Hanis Arisya. Setelah hubungan suami isteri kecapi kebahagian , Aimie ; bekas kekasih Ash muncul untuk mendapatkannya semula sehingga telah mengupah seorang lagi blogger untuk memburukkan Hanis Arisya di blog. Namun , kegiatan itu telah diketahui oleh adik ipar , yang juga punyai sebuah blog. Sadisnya , bila Ash terlibat dalam sebuah kemalangan , Ash seolah - olah tidak kenal akan isterinya lagi. Dan membencinya yang amat. Namun , kesudahannya Ash hanya berpura - pura berlakon untuk memerangkap Yaya yang telah banyak membuat kejahatan pada hubungan Ash dan Hanis Arisya seperti mengakibat Hanis keguguran. Yaya ialah sepupu Hanis dari kampung yang datang ke KL untuk bekerja dan tinggal bersama mereka. Di akhir cerita , Yaya ditangkap. Dan hubungan Hanis Arisya dan Ash pun bahagia.
Sebuah novel yang genre nya ialah romantik.
Pendapat/Pandangan : Dalam kehidupan realiti , Ty percaya ada je watak yang digambarkan oleh penulis. Tapi bab nak kahwin mengejut on the spot tu , kalau ditempat Ty , tak kot. Bahagia ja semua itu sesiapa pun inginkan dalam meneruskan sebuah kehidupan di muka bumi Allah Taala tapi tidak siapa juga boleh lari dari masalah. Such a sweet life of fairy tales story. Golongan gegurls yang baca novel ni , mesti suka abes la dok berangan nak dapat suami cam Ash. Gerenti punya.
" tak kenal maka tak cinta
bila dah cinta ,
nak tidur malam pun tak lena "
Ouch ! Penangan cinta sangat u olls . Okay , mengaku je la korang pun sama je kan seperti phrase di atas bila di awal percintaan. Bercinta - cinta la jugak kan u olls , jangan tersalah langkah sudah. Bak kata akak - akak Ty sekalian , penangan cinta dengan lelaki bujang tak sama dengan penangan bercinta dengan laki orang. Oppsss. Ada ke patut nasihat camtu? Sebelum terkena ngayang dengan bini orang , elak la ye. Payung emas ? Toksah la , beli payung Avon pastu salut ja dengan glitters gold . Nah , dah jadi payung emas kaw weyh. Hado ke macam tu , eh. Abaikan je la u olls.
Pengemar membaca novel , boleh la cuba baca novel romantik ni. So sweet , u olls.
Nak pinjam!!!
ReplyDeleteSerious ka nak? Esok Cheq bawa na.
Deletefae dah lama x baca novel huhu
ReplyDeleteTy pun dah lama stop , beli bukan main. in sha allah bakal mula membaca.
Deletedah jarang baca novel cinta..huuhuu...
ReplyDeleteLen macam je tu bunyi nye Kak. Apa kes?
Deletewah tangkap leleh.hikhik
ReplyDeleteMana ada leleh nye,romantik je.
DeleteAkk ada novel ni, tapi tak baca lg :p fokus dgn ILUS dulu .haha!
ReplyDeleteBace kak. Mesti sengih sorang2 punya. Acecece...
DeleteThey are an integral part of life here in Singapore. This is especially so because the pace of life here is pretty fast.click here
ReplyDelete