Kereta Baru di Hari Raya

Monday, July 29, 2013

Salam u olls ,

Hanya tinggal kurang dari 10 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Syawal dan berhari raya bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Pada yang diperantauan mahupun tidak dapat pulang dan beraya bersama , usahlah bersedih. Berbaktilah pada nusa dan bangsa.

In sha Allah , Sabtu ni Ty akan bertolak ke kampung halaman dan ini adalah hanya perancangan sahaja. Mudah-mudahan semuanya baik-baik hendaknya. Sebelum memulakan perjalanan yang jauh dan kemungkinan besar, bakal tersangkut dalam kesesakan sepanjang perjalanan memandangkan musim perayaan ni, hari ni Ty terpaksa kerja separuh hari dan datang ke bengkel tuk tengok keadaan kereta samada baik atau tidak.

Sebenarnya Sabtu lepas sebelum ke Lava Grill bersama rakan blogger, Ty dah datang ke bengkel. Tapi sayangnya semalam masa ke KL keadaan kereta agak tidak berapa baik. Jadi terpaksalah datang semula. Cuma nya sempat lah kereta berwajah baru sikit dan rasanya kereta lagi bergaya di hari raya tahun ni.

Boleh macam tu?

Dan sempatlah baru ni pasangkan cermin - cermin kereta dengan tinted, di mana selama ni orang yang beriman macam Ty je tahan panas masa bawa kereta dengan cuaca yang terik. Sapa saja yang menumpang memang komplain suh cepat-cepat pasang. Dah akhirnya, dah pasang.


Tinted pun dah dekat RM500/- , atleast ini untuk jangka masa panjang dan keselesaan penumpang yang tak berimab tu tahan rasa panas dan bagi Ty yang memandu pada waktu malam agar dapat mengelakkan dari silau.

Untuk berkereta baru di hari raya itu tidak la u olls, tapi hakikatnya kereta lagi beraya sakan dari tuannya nampak gayanya begitu la. Semoga perjalanan Ty ke destinasi selamat sampai sudah. Ada rezeki lebih , nak make up lagi je bukan tukar kereta kot.

U olls , service kereta dulu ye sebelum bertolak pulang ke kampung halaman dan berhati-hati di jalan raya agar hari raya kali ni lebih meriah dan dapat bergembira dengan sanak saudara di kampung.
posted from Bloggeroid

10 comments

  1. Replies
    1. Mahal ke? Dari yang beribu tu lagi kaw cun n mahal kan

      Delete
  2. mahalnya tinted tu.. Erin buh tinted RM300 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Material lain kot Erin, kalau xde warranty dan yang murah2 dapat je RM200.

      Delete
  3. untung la keta bry hehehe

    saya dah update jom terjah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta bry tu apa wei.
      Kereta cheq berwajah baru je la sikit je pun.

      Okay nanti cheq terjah.

      Delete
  4. amboi.. tinted sampai rm500 tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal sangat ka? Rasanya ada lagi mahal kot. HeheHehe

      Delete
  5. mak aihh mahalnya tinted. tp berkualiti xpe, berbaloi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal? kira murah sebab Ty habis koutim dgn tokeyh. Cermin depan banyak kurang dan free okayh.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.