RM500 : Bonus Raya vs Baju Raya

Saturday, July 27, 2013

Salam u olls , 

Malam ini malam Ramadhan ke - 17 umat Islam telah menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah , masih bersama lagi di bulan baik ini dengan u olls.

Meniti waktu tuk tiba nya Hari Raya Aidil Fitri yang akan diraikan bersama keluarga tercinta juga insan tersayang nanti. Maka rata - rata antara kita sudah pun membanjiri pasaraya terkemuka di sekitar negeri - negeri dan kawasan masing - masing untuk mencari segala macam persiapan untuk menyambut Syawal nanti.

KL ? Antara tempat yang di kira "hot spot" bagi pengunjung tak kira dari mana untuk datang ke sekitar KL untuk mencari "baju raya". Terutamanya di Jalan TAR.

Oh ! Baju raya , apa tema tahun ni . masih lagi berfikir kerana rambang mata melihat semua yang patung mannequin mengayakan. Untuk beraya sakan , Kerajaan pun telah memberitahu bahawasanya pemberian Bonus Raya akan diberi pada hujung bulan dengan berjumlah RM500.

Apa boleh kita buat dengan Bonus Raya nanti ? 

Ke Alamanda tadi , "pergh !" Ungkapan Ty pada patung mannequin yang sentiasa kelu lidah tuk bertutur semula. Mummy Ty pun suka , ada pula husband & wife tu siap snap foto , cantik la sangat. Mummy suruhnya Ty cuba. Ohpocot ang! Baju harga laen , skirt/kain pun harga lain. Tapi mummy nak juga tengok , jadi meng"try"lah dan merasa la Ty sekejap memakai baju yang hampir ke arah 500 harganya itu. Teruja hokayh tapi saiz besar , eleh bajet cam de duit nak bayar. Hooopssss.



Itu dia , baju yang telah Ty cuba ada 2 jenis , hanya mampu try dan tengok je patung mannequin yang tersergam dengan penuh style. Apakan daya tak mampu , laen la anak menteri kan. Tapi , kalau mampu sekali pun , saiz yang lebih kecil pun dah habis stok.

By the way

Bila dikenangkan , sangat tak berbaloi. Takkanlah bila diumumkan mengenai pemberian Bonus Raya - RM500 sahaja pembeli nak dileburkan segalanya ke Baju Raya (sepasang) dengan harga hampir RM500 juga, kan? Ini rasa tak begitu penting kerana bagi Ty ini bukan nya lah salah satu keperluan mahupun kehendak. Wahai PA, kena la pandai dalam menggunakan dan berbelanja wang Bonus Raya yang kelak akan diberi.

Jadi u olls , janganlah terlalu rambang mata ketika membeli belah untuk persiapan Hari Raya tetapi berhati - hati dan bijak. Hal ini penting supaya kita tidak tamak haloba dan bersusah payah kelak , berjimat cermat ketika membeli , kena bijak la ketika membeli belah.

Baju Raya Ty tak beli lagi , u olls? Tak dak mood raya lagi ni , acaner ni weyh. Cer meh bagi sikit feel tu, acewah.

K u olls , selamat membeli segala persiapan tuk Aidil Fitri dan berjimat cermatlah ye.

22 comments

  1. tapi baju tu sangattt cantik! :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes , Huny Madu . Memang sangat la cantik tapi hanya mampu mencuba sahaja. Merasa lah kan dapat pakai baju mahal . Eh.

      Delete
  2. cantiknyaaaaa..... aishhhh nak jugaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersangatlah cantik. Ainaa nak juga apa? Bonus ke Baju Raya? heee...

      Delete
  3. Replies
    1. Yesza..Innanie..xpaham juga kenapa ada orang berbelanja seperti gitu. Bazir!

      Delete
  4. kalau bonus tu belanja ceq lagai baguih kan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la Dr.Fuh, in sha Allah ceq belanja masa kita lik kampung nanti sesame. Kalau bab pau orang mmg no.1,kan?

      Delete
  5. Replies
    1. Cantikla yunk oii , harga pun cantik punya la..

      Delete
  6. gunakan duit tu pada perkara yang penting dulu. hehe. saya sendiri pun dah bertahun2 tak beli baju raya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dgn duit tu ty nak simpan je buat kereta lagi feadah.

      Delete
  7. cantik sgt design dan kaler dia. berkenan la. tapi mahal kan

    ReplyDelete
  8. chantek la Ty!!
    kompem cung habes raya tahun ni klu Ty belik..
    ekekekekek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjam la duit bonus akak , Ty bayar lik RM10 setiap bulan.. ley?

      Hahaha.

      Delete
    2. Hahahaha..cis!! Ahkak pon bajet gitu2 jek. Rm500 sket ar.

      Delete
    3. Apa yang sikit? Akak nak kata baju ni murah ke? Ke dpt bonus tu sikit?

      Delete
  9. Tak lama lagi kadar inflasi Malaysia bakal mencecah 2%. Kena jimat-jimat le sikit belanja dik ooooii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena jimat abg oiii , tak beli pun baju tu. tak mungkin...

      Delete
  10. Suka pattern yg sebelah kanan tu cantik...cuma warna okje kurang berkenan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ty tak pasti da warna lain ke tak ? haah ramai kata yang tu lagi nampak sweet gitu.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.