Ramadhan ke-15 - Jalan TAR

Wednesday, August 8, 2012

Salam semua ,

Persiapan untuk menyambut hari lebaran yang bakal menjelang dah siap sepenuhnya tak?

Hari Sabtu lepas , Ty hanya banyak tido dari membuat aktiviti di siang hari kecuali lebih  kurang jam 5 Ty bersiap dan mummy juga kakak turut sama sambil menunggu si jantung hati Ty pulang dari pejabat. (Kesiankan baru balik dah kerah kena kerja, well Berkhidmat Untuk Negara lah katakan). Dalam pukul 6 , mummy dah mula masakkan Char Koey Teow untuk buat sebagai lapik perut ketika berbuka nanti sebab 6.30 petang si dia akan datang dan kami akan pergi bershopping raya di Jalan Tar.

Memandangkan Ty yang drive , Ty pun turutkan kata mereka semua yang bersetuju untuk berhenti di R&R Seri Kembangan  dan berbuka sahaja di situ daripada Ty terus memecut Waja mummy Ty ke Kuala Lumpur. Selepas berbuka , Ty masih menjadi pemandu tanpa gaji dan membawa mereka memasuki zon sesak. Gambar Char Koey Teow tak sempat nak ambil , aka MALAS.


Sesampai di area Jalan Tunku Abdul Rahman , plan untuk park kereta di Sogo. Dan merentasi jalan untuk bershopping seleret Jalan TAR - Masjid India. Shopping ke ? Hanya dapat baju melayu untuk 3 jejak di kampung sahaja dan kami 3 jelita langsung tak ada beli apa sebab tak ada yang berjaya memikat hati. Oh si dia dapatkan sepasang baju melayu dan juga jubah untuk emaknya. Sejuk perut maknya ye mengandungkan dia , untunglah maknya , korang ada?

Lepas dah penat berjalan , kami berhenti di Restoran Zam Zam (bersebelahan dengan Hotel Frenz) untuk minor supper dan minum sebenarnya. Apa yang special di situ , Murtabak dan memandang itu sahaja yang tinggal jadi itulah yang kami order  , bolehlah rasanya. Sedap, boleh isi perut.


Lepas sahaja makan Murtabak special ni , kami ke Sogo untuk ambil kereta ,Pergh berbaloi tak bayaran caj kereta dikenakan hanya RM13/- , berbaloi la kot dengan kami yang separuh malam masih di sana. Sepanjang perjalanan ke Putrajaya , si dia hampir terlupa yang kami hendak bersahur di Bangi. Sempat la terjah McD Bangi  dan makan di sana pula kira-kira jam 3 pagi . Si dia belanja Ty sekeluarga , terima kasih!

6 comments

  1. kalau nak g jln TAR dya suka lagi naik lrt.hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ty kena bawa kereta sbb mummy kalau borong byk nnt tak larat nk berasak

      Delete
  2. lama dah tak gi jln TAR.... malas sungguh nak bersesak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ty pun malas tapi sebab orang ajak Ty ikut je, bukan beli apa2 pun

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.