Iftar #14th with ♥ - Ayam Penyet AP

5:44 PM Yanty Lee 7 Comments

Salam u olls ,

Si dia dah pun balik ke Selangor dari kampung halaman selepas bercuti (cuti sakit) hampir 2 minggu. Sebelum ke pejabat pagi Jumaat lepas , singgah di Putrajaya Sentral untuk menjemput si dia. Kerana dia sampai lebih kurang jam 5 lebih (pagi ok , lepas sahur macam tu) tapi Ty bersiap dahulu untuk ke kerja supaya senang terus masuk pejabat dan serah semula kereta dia. Sebab terlalu awal untuk ke pejabat yang bei syiok sempatlah pusing satu pusingan nak tunjuk pada dia ada speed trap yang baru di pasang. Kalau bawa laju memang memancor la cahaya kamera nak menyaman kenderaan yang melebihi had laju (pagi tu banyak kereta terpancor , keciannya.).

Selepas waktu kerja , si dia datang jemput di pejabat dan ingin berbuka bersama sebab sejak bulan Ramadhan ni memang tak sempat bersama nak berbuka dengan rancangan yang baik sebab rushing dengan urusan si dia di hospital dan yang nak balik ke Terengganu. Dan pada hari ke 13 berpuasa , kami ke IOI Mall sahaja. Banyak kereta juga dalam perjalanan ke sana tapi syukur masih awal untuk kami reserve  tempat untuk berbuka di Ayam Penyet Ap.

Selepas menempah makanan dan tempat , kami sempat berjalan sambil cuci mata. Dan Ty sempat juga mencuba khidmat pembuangan kulit kering di tapak kaki dan sekeliling serta sebagainya. Si dia yang belanja ; RM20/-. Alat yang digunakan dijual dengan harga RM150/- tapi Ty tak beli pun , ye lah nak raya nanti mesti nak guna banyak duit so nanti-nanti sahaja la.

Waktu berbuka pun dah menghampiri selepas sahaja selesai sesi membuang kulit kering , sambil ke restoran Ayam Penyet AP sempat la lagi nak singgah beberapa kedai mencuci mata untuk survey baju raya tahun ini. Argh baju raya? Korang dah selesai ke membeli belah ? Ty tak , apa pun tak ada. Oppsss , sebelum masuk ke restoran , si dia beli 3 biji ketupat palas dan rendang daging di AEON.

Berbuka sudah dengan menu kami berdua ,

Gado - Gado

Ayam Penyet

Liga

Rendang Daging ; ketupat palas xsempat snap.

Blurppp , sangat kenyang. Terlalu kenyang dengan si dia yang hendakkan itu - ini untuk berbuka, tapi bukan dia makan habis sangat pun. Suka sangat membazir. Lepas sahaja selesai makan , kami ke surau dan menunaikan solat fardhu Mahgrib.

Plan untuk balik bercanggah selepas si dia bertentang mata dengan kawan baik dia ; iaitu GSC. Dan terus ke kaunter pembelian tiket dan dapatlah 2 keping tiket untuk filem Total Recall.



Kalau nak direviewkan tentang filem Total Recall  ni , jalan cerita dia macam kelam kabut bagi Ty dan jika dibangdingkan dengan Batman dan Spiderman ini jadinya ;  Batman ≥ Total Recall ≥ Spiderman . Oh bila sebut Batman , Ty xde share review pun kan, maaflah tak sempat. 

To my   , THANK YOU for the treat and the day.

7 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah,...kadangkala tika Xbaik,kita hanya kena bersabar dan cekal tempuhi hari itu..wlpun dlm kepura-puraan.

      Delete
  2. dya belum hbis lgi shopping raya..hihih

    ReplyDelete
  3. tetiba nak tengok saiz ayam penyet di AP ternampak entry nie.rupanya berbuka dgn cinta hati ek

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen