Ber' Iftar #20 w KFC Green Curry

Monday, August 13, 2012

Salam semua ,

Ty masih ke pejabat walaupun tak sihat tapi Ty tumpang Kak Zila balik rumah , sempat balik rumah dan mandi yang lama sikit bagi panas dalam badan keluar , dalam pukul 6 petang macam tu si dia pun datang jemput dan kami ke area  Bangi.

Bila ditanya nak makan apa , obviously  Ty memang dah tak ada selera nak makan apa cuma dahaga sahaja. Dia tanya KFC ok tak? Ty angguk tapi tak tahu nak makan KFC mana pula. Yelah dah tinggal sejam setengah sahaja untuk berbuka dan surely restoran KFC dah mula penuh dengan umat-umat sekalian. Jadi Ty hanya terlintas mungkin KFC Warta Bangi tak ramai , jadi kami pergi ke sana tetapi andaian Ty tidak tepat sekali , KFC dah penuh tapi alhamdulillah masih ada tempat untuk kami duduk dan si dia yang berdiri panjang dan lama untuk beratur dan pesan & beli makanan untuk berbuka.

Azan dah berkumandang , si dia pun cun-cun  habis membeli makanan di kaunter. Ty hanya makan set X-Meal yang ada seketul ayam , fries dan Zinger Burger dan air Milo. Tapi si dia pula mencuba resepi dan menu baru yang dipromosikan di seluruh restoran KFC.  Dia makan KFC Green Curry. Bila dia suap Ty semulut terasa macam sedap pula dan rasa macam ala-ala masak lemak gitu.


Ha korang yang belum rasa cuba la selagi masih ada , lain dari yang lain kan?

4 comments

  1. sedap ek ?? akk br tgk iklan dia semalam :p

    ReplyDelete
  2. ika baru tahu yg green curry nie. hahaha
    nk g cuba la ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ika , pi try! Ty yg tak sihat time tu pun rasa sedap la jugak =)

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.