Kejutan Oren / Orange Surprise
Bahan - bahan
200 gm SCS Mentega Bergaram
85 gm Gula Aising
35 gm Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20 gm Parutan Kulit Oren
200 gm Tepung Gandum
70 gm Tepung Jagung
70 gm Tepung Kastad
40 gm Gula berwarna Oren
40 gm Gula berwarna Merah
Cara Penyediaan
1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Campurkan telur , jus oren pekat dan parutan kulit oren.
2. Campurkan tepung - tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".
3. Paipkan nombor "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 150°C selama 18 minit atau sehingga masak.
Wohoo ! Dah kongsikan 2 resepi kuih raya dengan u olls. In sha Allah akan menyusul lagi 2 resepi lagi yang dibuat menggunakan Mentega SCS.
Selamat mencuba!
Nampak mudah, boleh la try nanti...
ReplyDeleteperghhhh kejutan oren gitu
ReplyDeletejgnlah bg nama cam tu
kang terkejut kejut org tu mkn kukis oren ni haha
Bestnya, ada rasa oren! Kalau sempat nak cuba buat jugak la sebelum raya ni
ReplyDelete