Back To Reality Life

Saturday, July 25, 2015


Huh!
Sumpah tak suka balik Jin Tendang ni bila dah lama duk kat "kampung" , Penang. Hampir 11 hari di Penang , semua kengkawan dah mula kerja tapi Ty masih bersantai dan senang lenang kat rumah. 

Dan pagi Sabtu yang hiba , Ty amik keputusan untuk balik semula ke sangkar yang realiti nya di sini la segala punca rezeki Ty datang. 

Kononnya , nak gerak sebelum 9 pagi. Jahanam , lepas Subuh tidur balik jadi pukul 11 pagi baru tayar kereta bergolek meninggalkan perkarangan porch kereta rumah keluarga melalui pintu gate menuju ke highway PLUS.

Sebelum gerak , sempat lagi Mummy & Daddy masakkan breakfast.

Sambal Tumis Udang

Kenyang perut Ty. Selamat tak mengantuk sepanjang perjalanan. Alhamdulillah , memang layaann dari Mummy Daddy sangat tiptop. Sekali sekala balik , perut mesti ke depan kalah orang mengandung. Diet , here I come very soon !

Rezeki datang lagi bila nak keluar , bilanya mak cik jiran belakang rumah datang bagi Ketupat Palas dengan Rendang Daging. Semuanya Ty bawa balik. Kah..Kah..Kah..

Ketupat Palas

Alhamdulillah.  Perjalanan selama hampir 3 jam 30 minit dari Pulau Pinang ke W.P.Putrajaya semuanya baik dan selamat tiba. Okay , mungkin laju tapi hakikatnya jalan lenggang dan tak jem langsung. Bahagia sangat sampai terbawa laju ke 160km/j ja Mr.Reddy mampu pi. Opppsss bukan tak serik tapi memang jiwa ada sikit cam Paul Walker. Tak dapat dibendung.

Lepas duk sat , pekena ketupat dan rendang. 

Memandangkan tak ada apa sangat nak buat , repeat tido. Esok serbu beraya di Open House kengkawan. Isnin bakal membirukan diri la jawabnya. Oh tidak!

Hate to be back , yet Im back to the reality life !

5 comments

  1. Kita tarik Putrajaya pi letak sebelah Penang confirm suka... Wah, Ty seguru dengan Paul Walker rupanya ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay komen Zumal ni memang win. Buh sebelah Penang and Putrajaya kalau, pi balik kerja cheq ulang alik ja la sebab skill Paul Walker ada dalam darah dah kan. Kata guru cheq. Power2x.

      Delete
  2. selamat bkerja kembali esok ty..:)

    ReplyDelete
  3. Assalam Ty,
    tu dia haaaaaaiiihhhh
    di pulun samapi 160
    ish3 :P

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.