Baik Buruk Teknologi Semakin Canggih

Thursday, July 9, 2015




Hakikat !

Perubahan zaman dengan teknologi yang semakin canggih , sayangnya hubungan sesama manusia terabai. Bukan sekadar gambaran palsu yang dilakarkan oleh blogger +Syed Alwi tapi mesej yang disampaikan sangat mendalam ertinya kepada setiap sorang daripada kita.

Dulu , balik ja mummy daddy dari kerja pasti seronok dengan kepulangan dierorang. Siap minta bawa ronda sekeliling taman perumahan dengan motor setiap petang. Kalau musim World Cup , siap main bola sama - sama. Camtu juga dengan Piala Thomas , berbadminton. Kalau derang penat pun tetap layan kan anak - anak , kalau tak jenuh nak pujuk bila dah teriak. 

Tapi , 

Zaman sekarang ni , kalau teriak tu sebab mak ayah tak bagi gadjet / smartphone yang superb duperb canggih. Tak payah diajar , tertiba ja dah dok diam si kecil layan youtube dengan sendiri , tak menahan lagi siap pandai dah "selfie" sendiri. Pergi mana - mana , pandai pula tanya "Ada WiFi tak?" , Ya Ampun! Sentap kalau tuan rumah tu tak on kan atau sememangnya tak ada perkhidmatan internet di rumah. 

Raya dah dekat , balik beraya dah tak macam suasana dulu kala.
Sibuk cat rumah , sibuk anyam ketupat , sibuk pacakkan / pasang pelita keliling rumah bersama - sama , main bunga api - mercun selepas balik dari terawih sampai riuh hampir setiap malam. Sayangnya , sekarang ni tidak lagi semeriah dulu kala , apa pun yang dibuat seumpama ingin menunjuk - nunjuk di laman sosial bila setiap perkara dilakukan. 

Lebih banyak masa terbuang dengan gadjet / smartphone masing - masing melayari internet daripada meluangkan masa bersama seisi keluarga , sahabat. Sampai tahap bagaimana agaknya nanti bila anak - anak ni di zaman mereka pula punyai keluarga sendiri ?

Ke lepas ni duit raya pun main transfer je ke akaun terus?
Baik atau buruk sebenarnya dengan kecanggihan teknologi pada hari ini di abad ini?


9 comments

  1. Mak bapak kena pandai kawal kegunaan gadjet pd anak2.. risau pula bila memikirkan masa depan diri ena ni nanti.. mampu kah??

    ReplyDelete
  2. btl la...tgk time ry sudah...sdara mara mai anak2 sdara boleh duduk wt xtau ja.klau kita dl2 trus bgn salam2

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang yang jauh je rasa dekat, yang dekat rasa jauh...

    ReplyDelete
  4. Bila teknologi disalah gunakan..
    Raya kita merapatkamw ukhwat tp ada juga yang terlalu sebok dgn gadjet sampai terlupa nak beramah mesra dgn saudara..

    ReplyDelete
  5. mujur laa parents husna tak galakkan sgt adik2 beli fon cengkih mengkih nih.. dah masuk u mcm husna pon fon dok cabuk lagi.. kumpul duit sendiri baru boleh beli.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. scene yang bawah tu la nak kena bebel dengan nenek dari siang smpai malam
    kalo tak brenggang ngan fon..

    ReplyDelete
  7. Assalam Ty,
    Apapun semua perlu ada sederhana & pantauan gitew

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.