Majlis Berbuka Puasa bersama National Kidney Foundation dan Lion Club di Klang Parade

9:35 AM Yanty Lee 9 Comments



Alhamdulillah , baru - baru ni Ty dan beberapa rakan blogger dan media berkesempatan untuk bersama - sama memeriahkan dan meraihkan satu majlis berbuka puasa sambil beramal dengan pesakit - pesakit buah pinggang yang turut mendapat perhatian khas daripada pihak National Kidney of Malaysia (NKFM) dan juga badan sukarelawan ; The Lions Club di Klang Parade.

Perasmiaan majlis iftar oleh Manager of Klang Prade - John Tam

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini , Klang Parade dengan kerjasama The Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NKFM) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pesakit buah pinggang dan keluarga adalah bertujuan untuk meraikan mereka sempena hari raya yang bakal kunjung tiba. Mereka diraikan dengan membeli-belah kelengkapan hari raya dan dijamu dengan juadah untuk berbuka puasa di main centre Klang Parade.


Para jemputan turut dihiburkan dengan persembahan mantap dan memukau daripada artis tempatan ; Aesar Mustafa Malaysian Idol dan Dina Nadzir . 

Pemberian duit raya.

Sebelum majlis iftar berakhir , para pesakit buah pinggang dan keluarga masing - masing telah menerima duit raya dan hamper raya daripada pihak Klang Prade dan The Lions Club bagi meringankan lagi beban mereka untuk menyambut Syawal yang bakal tiba nanti. Ini juga merupakan sebuah tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
__________________________________________________________________________________________________________

National Kidney Foundation is a non-profit charitable organization dedicated to helping Malaysian. Suffering form end stage Kidney failure who lack access to or cannot afford dialysis treatment.

Vision - to be a one-stop National Resource Center for prevention and treatment of kidney disease.

Mission - to save live through preventive education and early detection of kidney diseases while providing a second chance trough hemodialysis for those suffering from end stage kidney failure.
- to promote organ donation, kidney transplants and medical research into kidney diseases.
- to endure and continue good heath and well being of our patients through a holistic care concept.

The LionsClub - Kelab NGO sukarelawan yang membantu pesakit pesakit yang kekurangan.


Akhir kata , terima kasih kepada pihak Klang Prade , The Lions Club dan National Kidney Foundation of Malaysia (NFKM) di atas jemputan khas ke majis berbuka puasa bersama pesakit buah pinggang. Di smaping berbuka puasa , secara tidak langsung kita dapat membantu mereka yang memerlukan. 

"Bersedekah Adalah Keberkatan Yang Berpanjangan , Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima."

9 comments:

  1. nak backlink free ? sila tinggalkan link di page BLOG SYIRA LOKMAN :D

    ReplyDelete
  2. Meriahnya majlis iftar tu yer ^-^

    ReplyDelete
  3. dalam masa tu boleh jugak raikan diorang ni kan.. tambah sikit mood happy utk diorg.. hehehe.. best!! best!!

    ReplyDelete
  4. best dapat join event macam ni.. bila Ty nak ajak CT ni huwaaaa..

    ReplyDelete
  5. Assalam Ty,
    moga bantuan serba sedikit dapat meringankan beban mereka kan3

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen