Salam u olls ,
Akhirnya terluang juga la masa dengan geng dari KBBA Putrajaya yang sekian lama tak bersua muka , terakhir pun bertentang mata masa awek – awek ni datang singgah sekejap di Hospital Putrajaya untuk melawat mummy. *Tenkiu ye u girls.*
Plan nak pergi makan bersama dah lama dan lapuk dek zaman , reput je semua plan. Masing – masing sibuk dengan hal masing – masing. Jadi kami cuba juga jadikan pada hari Sabtu (19 April lepas) atas request Ty sebab Ty kan outstation , so Sabtu tu je ada di Putrajaya dan Ahad dah kena bertugas semula di luar kawasan.
Penat. Tapi dapat lepak berhuha dengan geng sengget ni , hilang la sikit. Walhal baju tak pack dan tak basuh lagi, esok Subuh nya nak bertolak dah. Ish3 , lupa diri kejap. Ty kutip sorang – sorang , kecuali Miza yang sentiasa tak boleh berenggang dengan motornya , dia ke sana terus sendiri. Senang gi satu kereta, sebab parking nanti tak susah.
Ye , memang susah nak dapat makan di sini. Sebab tu hari Jumaat Ty dah tolong call and book kan. Alhamdulillah , rezeki kami. Dapatlah kami makan bersama di situ. Alang , tuan kedai suh SMS je. Dan pagi Sabtu dikejutkan dengan satu SMS memaklumkan menu makanan akan dihidangkan nanti. Seronok gegurl ni semua bila salah satu menu nya ialah Gulai Ketam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHZZnLp9KpCWiupDXxma3rYBeZ3kRZjteZB5qpBLP0k6sbxRu6xikawZYjBFjCTP8s6tBnaNNsE7pA2Ecl8GaTHB59xySO9uJRsO0irtP9s7-tCPuYXkLp_sf2Kg0GmFTe6ou_NG_e7Cpw/s1600/BeFunky_10151297_614287471989573_5307969360293597898_n.jpg.jpg)
Gulai Ketam
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg33FwCk-kocftO_wQjGP-VxJbD9syS4vtJzK5DxntXMzW0NPhsSRBmvwzIL_-je0QWulnD7bw8lLi5YYRVeoCXfZX4gh_RSuoFeBzG2xIwlcijSnE-KuzAAGzf1Bz_keEgsAIs9VL8MzBb/s1600/BeFunky_10154226_614287381989582_6769050004130816174_n.jpg.jpg)
Sambal Udang
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRvqTJIRrahzzt9qiSiaE8PNew23F9KSMgq6j9T3_aJu-PMCQkGQV07S-maUAFpY1OOzH041qSkCY4EUNgxiZO6itZ8RmBROxBozlQvyErD8gdlL9W_7W2VqpN3RD6yI2ykj0WlIBxyuwn/s1600/BeFunky_10271610_614287445322909_2549515043430242118_n.jpg.jpg)
Ayam Goreng
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpBFgFUfGlJwKLPPYPwWM4AvfkmE2Gi0YO-L3Ojqg2AlJaltyOIgOnUKuZG365coooN9PXWZmkkpcwA_Hx2t_bVBuU-Q_pOdYzdRKxsooXzoFu7EKkJU-TZnK8weuzfY2qsXnP6r15tFVL/s1600/BeFunky_10290187_614287395322914_4474246407050089438_n.jpg.jpg)
Sayur
Terliur tak? Oh memang sedap , Kak Fiza rupa – rupanya tak makan ketam , oh ruginya! Tapi bravo la kak Fiza sebab gigih juga makan bila semua pakat bako line. Baru dia tahu betapa sedap nya Gulai Ketam tu. Apa pun tak boleh la u , Kak Fiza. Ty kalau boleh nak cari husband yang terror kopek ketam untuk Ty macam Kak Sue dengan Abang Eddy (ni situasi terbalik).
Berjam la dok kat warung ni , macam dah ada share. Jakun sebab baru kenai batang selfie tu , namanya monopod. Senget kan sorang – sorang. Layankan je la. Selamat H/P tak jatuh dalam Gulai Ketam tu.
Patutnya masing – masing nak balik dengan tujuan tapi dapat panggilan dari blogger hebat semakin mencipta nama ; Mawardi Yunus untuk tengok wayang bersama. Kononnya nak layan Rio. Kanak – kanak sangat. Sampai je di Alamanda , Rio dah abis time nya , layan criter cina - ICEMAN. Sebelum balik , Evening Tea di Old Town dulu.
Alamat :
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN,
DESA PUTRA, SG MERAB
43000 KAJANG SELANGOR.
No Tel (H/P) : 017 3812246 - Alang
Sebelum ni kami ke sana [klik] sebelum ke Gold Coast Morib [klik].
gulai ketam tu nampak sedap..tapi macam kecik, tak ada isi erkk??
ReplyDeletesedang2 je la Dkna , banyak kot , 6 orang kami pun tak terabis nak makan... ada ja isi...
Deletehaha, tekak teringat kat ketam la.uhukkk ,=.=
ReplyDeleteHaha kantoi la Kak Fiza ni , ketam pun tak makan..
Deletenampak sedap2 tu menunyer !
ReplyDeleteSedap Kak , port memang tak boleh lupus dari list.
Deletesedap sangat ka? sampai abang saya dari penang pon tercari-cari kedai bunian ni
ReplyDeleteYes , sedap. Harus singgah !
Delete