Warung Tapak Sulaiman | Warung Bunian

Saturday, December 28, 2013

Salam u olls , 

Ingat lagi tak Ty update Ty ke Gold Coast Morib dengan geng blogger yang superb boombastic marvelous pada November lepas? Tak ingat kalau tolong KLIK dan baca. Apa kaitan percutian Ty dengan tajuk entri ni ye tidak? Ada kaitannya. Kaitan yang saling bersaling kait kaitannya. Kesimpulan daripada kaitan yang tak ada kena mengena dengan bunga kantan. Tapi percutian dan makan untuk isi perut sangat berhubung kait antara satu sama lain. 

Al kisahnya , sebelum kami sampai ke destinasi percutian di tuju , sempatlah kami singgah dan mengisi perut yang kosong di Warung Tapak Sulaiman atau juga lebih dikenali dengan nama lain ; Warung Bunian. Kenapa orang ramai panggil "Bunian" , itu Ty tak pasti dan tak berani nak menghipotesiskan sendiri. Nak dikaji pun tak terfikir dah jadinya bila sampai di tapak kedai makan ni dengan hidangan lauk pauk yang sangat menyelera dengan rasa setiap masakan yang sangat lah sedap! Jadi terabailah persoalan panggilan "Bunian" tu jawabnya.

Yang pastinya , setiap hari adalah menu yang berbeza. Ye lah kan , kalau hari - hari menu yang sama, muak juga betul tak? Macam bercintalah , hari - hari tengok muka dia je lama jemu juga , jauh baru rindu jadi kuat. Yang ini memang tak ada kaitan dengan tajuk entri juga percutian Ty.

Ty dengan geng percutian ke sana pada hari Selasa , mat salleh cakap omputih bunyi nya Tuesday. Gitu u olls!

Antara menu yang kami kedarah , melahap , bedal , lebih manis ayatnya bila kami makan dengan sopan tanpa berkata - kata lagi sangat beradab sebab terlalu lapar ; 

 Udang Galah Masak Lemak
Udang Galah Masak Lemak

 Ayam Goreng Berlada
Ayam Goreng Berlada

 Sayur Taugeh Goreng
Sayur Taugeh Goreng

 Ikan Keli Goreng
Ikan Keli Goreng

 Kenyang di Warung Bunian
Bukti yang kami berempat memang berselera makan makanan dari masakan yang ada di Warung Bunian

Untuk tempahan sebelum ke sana adalah harus sebab nya selalunya fully booked ye uolls. Kalau mai terjah macam brader hos Nas Ahmad , errr tak de kaitan , yang pasti agak susah nak menjaminkan masih berpeluang dan sempat tak tuk dapat makan. Nak tahu apa menu untuk hari - hari tertentu boleh hubungi owner warung terus untuk lebih lanjut.

Alamat : 
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN 
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN, 
DESA PUTRA, SG MERAB 
43000 KAJANG SELANGOR. 
No Tel (H/P) : 017 3812246 - Alang

Untuk pengguna GPS di semartpon , boleh cuba connect terus ke link ni - http://4sq.com/i144e2 . Semoga selamat sampai ke destinasi ni dan dapat merasa masakan yang sangat sedap seumpama makan di rumah sendiri dengan masakan ala - ala kampung dengan suasana di dalam kampung. 

Breakfast pun hado ye uolls! Ty pernah pergi dan bedal 3 keping roti canai. Ahaa, hamek ko. Nasi Lemak Pattaya pun marvelous! Tunggu apa lagi , rancanglah dengan geng , pergi bikin havoc mesti best tahap cipan. 

14 comments

  1. Kalau tunggu dari pagi boleh? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Abang Aim , atas kerelaan diri la nak menunggu dari pagi. Jom kita pi bila2.

      Delete
  2. macam sedap je udang galah masak lemak tu, harga mahal tak?

    ReplyDelete
  3. huwaaa...jommm pegi...sedapnyaaa...aishhh...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kan kak Zai, Udang tu memang sodap la tak terkata!

      Delete
  5. Assalamualaikum ty, sihat ke? lama tak singgah sini. hehe bestnya. lama tak pergi Morib. huwaaa padahal dulu selalu jalan situ masa masuk plkn. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam , sheila. Sihat je. Lama gak xupdate. Hee. Fuyooo selalu gi Morib. Ty yg dkt ni pun bru 1st time.

      Delete
  6. kalau ada menu udang galah ni harus laki akak ni sanggup terjah kesana.. sat2 nak bagitau dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia , pi kak , Ty jamin akak n hubby akan suka.

      Delete
  7. haii, bila la org tu nak ajak kita p kan . dr tahun lepas ajak :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak , janji lepas lik dari Ipoh Ty cuba cari masa yang boleh pergi ke sana bersama ok?

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.