MaTiC Fest 2013

Monday, December 2, 2013


Salam u olls , 



Tahukah u olls apa program MaTiC Fest 2013 ni? 

MaTiC Fest 2013 adalah satu program yang mempromosikan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai “One-Stop Centre” di mana untuk memudahkan para pelancong tidak mengira dari dalam mahupun luar negara menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan. Program MaTiC Fest 2013 ini telah berlangsung di Ampang , Kuala Lumpur (berdekatan Saloma Bistro) dan telah berlangsung pada 29 November 2013 – 1 Disember 2013. Yang pastinya , pelbagai program dan aktiviti telah dianjurkan kepada para pengunjung yang hadir. 



Semalam , awal bulan  Disember 2013 , Ty dan geng #kelabbloggerbenashaari telah menyertai salah satu aktiviti di sana. Kami menyertai pertandingan treasure hunt yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM600 bersertakan 2 pinggat. Geng blogger ada 5 kumpulan , di mana setiap kumpulan adalah pairing. Dan kali ini Ty digandingkan bersama Kak Fiza si Fantagiro yang jelita. Khabarnya, penyertaan untuk pertandingan ini hampir 50 kumpulan. Persaingan sangat sengit u olls! Semput mak , noks! Tapi terjah juga sebab sangat BEST! Kak Fiza namakan nama kumpulan kami – Floppy. Menang tak kami – kami yang so called as blogger? Tunggu sampai ke penghujung entri ni , ye u olls.

Jom tengok gambar kami sepanjang bertreasure hunt

Penganjur Paintball Blogger menembak tepat pada sasaran dalam masa 3 saat

Selain pertandingan treasure hunt , ada juga pertandingan paintball dengan hadiah sangat lumayan , memang tergugat iman tengok brader – brader dengan hakak – hakak yang superb otai dalam gelangan medan perang berperang. Tembakan mereka dengan penuh gaya lagi lah membuat Ty sangat teruja, wish I could play like them too. Dah tahu skill dan strategi untuk next game dengan kelab blogger yang Ty anjurkan pada setiap bulan.  Watch out , u guys! Ok, sangat poyo di sini. Abaikan.


Bagi pencinta kucing , pertandingan dan pameran kucing pun ada. Ty salah sorang nya. Lepas penat menyelesaikan 10 tugasan treasure hunt , walaupun kepenatan Ty sempat lesapkan diri dengan bersendirian ke pameran kucing ni. Ada juga kucing untuk dijual dan diberikan secara percuma. Pelbagai jenis kucing ada , dan part ni yang sangat meneruja. Terpegun Ty even sorang – sorang dalam khemah pameran dan pertandingan tu. Dari parsi ke tak parsi , bulu kembang , bulu cun melecun macam sentiasa disikat semua ada u olls. Geram gila u olls wei. Rasa nak gomoi dan culik bawa balik rumah jadikan bantal buchuk baru ja. Tapi mampu berangan.


Dari kucing , ada juga Pertandingan Tamiya. Tau taka pa kebenda Tamiya ni? It’s remote control race cars , babeh! Ada track untuk u olls berlumba dengan selamat daripada nak tunjuk skill terlampau kepoyoan korang di atas jalan raya kan. Ahaks!


Selain tu , ada banyak lagi pertandingan yang telah dianjurkan. Antaranya ; Pertandingan Karaoke , Pertandingan Mewarna Batik , Pertandingan Cabaran Sukan Rakyat dan Pertandingan Arm Wrestling juga pertandingan meneka kacang dalam balang. 

Bukan sahaja ada pertandingan dengan hadiah yang menarik , ada juga gerai – gerai yang menjual pakej – pakej percutian di Malaysia dengan promosi yang hebat lagi gempak , gerai makanan dan minuman yang menjual makanan Utara - Sarawak untuk para pengunjung menikmati masakan makanan sambil beriadah dengan sanak saudara dan sahabat handal.

Ty diapit brader clown , mereka diapit hos majlis program ; Zuhairi Ibrahim & Lan Zailan

Apa – apa pun , MaTiC Fest 2013 memang meriah dan menarik. Walaupun tiada hadiah yang kami geng blogger berjaya membawa pulang kali ni.  In Sya Allah , kami akan usaha lagi pada akan datang . Yang penting semangat untuk bekerjasama mengharungi semua tugasan permainan dalam pertandingan Treasure Hunt tu ada. Bak kata SpongeBob ke Wonderpet  ek yang kata ; Apa yang penting ? – Kerjasama!

Nak tengok gambar lagi , u olls boleh cari dengan pencarian - #MaTiCFest2013  , #MaTiC dan #kelabbloggerbenashaari di Facebook , Twitter juga Instagram. 

6 comments

  1. Tu wonderpet la,bukan spongebob...hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaks , TV pun tak tengok , mana la taw.. Hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Sangat seronok! Sila join next time , kita patut join paintball , eh.

      Delete
  3. bestnya Ty dapat pergi..
    licha this month every week takde weeknd. sbb balik kmpung :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urus untuk your majlis ke Liza? Xpe next time ikut la.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.