Dugaan Bila Berkereta Sendiri

Thursday, December 19, 2013

Salam u olls ,

Entri sekadar luahan hati dan perasaan juga sebagai kenangan umpama catatan pada diari.

30 Nov yang lepas ,
Ty ada friendly match / game paintball dengan team Blogger n team Kaki Travel kat Cyberjaya.

Mummy lik Penang. Ty alone.
Lepas je tumpang sorang kawan di Presint 18. Dan Ty sempat singgah ke Petronas berhampiran untuk kejar masa nak solat Maghrib. Jadi Ty parkirkan kereta di parking yang berdekatan dengan pam Angin dan Air. Lepas solat , niat Ty nak pi buh minyak bagi penuh dan pam tayar juga check air. Sayangnya Ty tak boleh nak start kereta.

Ya Allah , berderau rasa.

Call sana sini minta tolong , hakak blogger sorang ni datang dengan suami dan kawan - tolong jumper.

Alhamdulillah. Waktu tu cuma syak bateri kong.

1 Dis , di keesokkan pagi nya , Ty sertai Treasure Hunt di MaTiC dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain. Terpaksalah tumpang kereta hakak yang tolong Ty.

Serba salah jadinya bila plan dah up side down.

Selepas pertandingan Treaaure Hunt , Ty pi cari bateri kereta sampai ke Bangi dengan hakak yang banyak tolong Ty dari semalamnya. Selamatlah hubby dia sporting. Alhamdulillah , ada kedai yang masih buka dan menjual bateri dalam harga bawah RM200. Dapatlah sepuloh hengget kurang.

Balik ke rumah dengan harapan kereta akan okay bila dah pasang bateri baru. Jadi lepas Isyak , kawan blogger juga datang beri pertolongan untuk pasang bateri kereta.

Part memasang bateri memang dah jiwa kacau. Ada ja la yang tak boleh , rasa macam nak bebai pun ada tapi yakin dengan izin Allah , pasti boleh. Walhal , member Ty tak complete pasang wayar lampu. Cuak je kenapa tak da lampu.

Syukur , syukur , syukur .. Alhamdulillah.
Semuanya okay.

Tapi , hanya seketika sahaja. Tidak sampai 2 minggu dan cuma hanya 12 hari sahaja kereta kembali rosak seumpama bateri kong.

Malam Jumaat lepas. Lepas jemput kawan blogger dari Utara. Bawa pi makan dan dalam masa perjalanan lik ke rumah , dekat traffic light , mati lagi kereta ku ini.



Jam menunjukkan dah pukul 11malam. Call merata majoriti tak berjawab - orang dah tido kan , lagipun malam Jumaat katakan. Orang tolong jumper pun tak lepas. Tukaq bateri kawan baru leh jalan. Tersadai tepi jalan sampai pukul 2 pagi.

Kecian kat kawan. Flight ke Bintulu jam 730pagi , kena gerak dari rumah Ty pukul 5 lebih. Tapi tido nya tak sampai sejam. Ty pun akan ke Bintulu tapi flightnya tengah hari.

Hati dah tak happy nak berjalan jauh. Tapi lepas pukul 10. Brader jual bateri tu datang tukarkan bateri.Alhamdulillah ingat bateri baru tu problem.

Pergi la dengan kepala yang serabut , hati yang lara ke Bintulu dengan kereta kawan , mummy yang hantarkan. Tak berani nak drive kereta sendiri lagi takut apa-apa jadi nanti mummy sorang lepas drop Ty n 2 kawan lagi.

Masa kat Bintulu , Ty tido pun tak nyenyak asyik fikirkan kereta , betul la jangkaan juga sangkaan. Kereta memang sememangnya masih tak okay bila mummy drive pi Alamanda.

Ahad malam baru Ty lik Putrajaya.

Isnin , dengan tak sihatnya , kepala serabut dan perut sakit lagi lapar juga datang bulan , Ty ttak pi kerja tanpa maklumkan apa-apa pada sesiapa. Yang bermain difikirkan kereta. Macam mana nak selesaikan masalah kereta.

Bila cuba drive , memang dah rasa tak okay. Sekali lagi mat traffic light dia mampus.



Pertama kali , ditowwing dengan kereta sekali.

Rupanya bukanlah bateri yang bermasalah tapi altenator yang berharga RM250/-. Oh ya , towwing pun dah seratus.

Betapa ruginya duit pi beli bateri baru.

Duit oh duit.
Jangan pertikaikan masalah hal orang lain itu benar atau tidak tetapi mendoakan kesejahteraannya , Jangan sampai Ilahi turunkan bala dan mushibah dengan "cash" pada diri sendiri pula nanti. Beringat sebelum terkena , berlapik bila terfikir dan berkata - kata.
posted from Bloggeroid

2 comments

  1. ehh yer laa... penah jadi skali... alternater yg problem... ms tu kat highway... brenti RnR Sg Perak dah tak boleh hidup plak... PLUS jumper skali trus ok... ingtkan batery, trus la ke kedai bli betry kat Juru, ok jer... selang smggu jadi blk... masa tu abh dh bg tau kata alternater la rosak kalau jd mcm tu... huhuhuhu...

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.