Selamat Pengantin Baru | Sunah Sakura + Ady Budika

Sunday, December 22, 2013


Salam u olls , 


Seminggu lepas , yang bertarikh 12 Disember 2013 (Jumaat)  , 2 hati telah disatukan dengan sekali lafaz akad nikah sahaja di Kampung Baru , Bintulu , Sarawak. Tahniah Ty ucapkan kepada Kak Sunah + Abang Ady Budika (Soleh) dan sekali lagi – Selamat Pengantin Baru , semoga berkekalan hingga ke jannah. Amin.

Banyak dugaan sebelum ke Bintulu , Sarawak. 

Flight ke sana pukul 1.40 petang , kononnya nak cuti separuh hari tapi dugaan yang datang tak diduga lagi tak dijemput Ty terpaksa cuti. Tragis dugaan lagi sukar nak ceritakan biarlah jadi kenangan bagi Ty dan mereka yang ada dengan Ty pada hari Khamis malam Jumaat tu. So sorry Kak Adish Shida & Syafinaz Ramli.


Syukur , Alhamdulillah perjalanan penerbangan dan pendaratan dari LCCT , Sepang ke Lapangan Terbang Bintulu berjalan dengan lancar walaupun delay hampir sejam sebelum berlepas. Lepu duk dalam plane tu dibuatnya sebenarnya. Tambahan pula , perginya ke sana dengan hati yang lara dengan kepala yang teramat serabut. Masalah di Semenanjung masih tak selesai hakikatnya , nak berhuha pun mood agak swag , mood tak terbang sekali.


Setiba di Bintulu , dijemput oleh adik pengantin perempuan sendiri. Sempatlah jamah makan makanan kenduri majlis akad nikah sebelum kami bergerak ke rumah "homestay" (rumah kawan pengantin) yang di mana kami semua seramai 14 orang; termasuk Fateh Uwais untuk kami menginap untuk mandi, tidur dan rehat. Malam pertama di sana , Ty hanya berehat di rumah dan keluar ke kedai berdekatan dengan Amira Cycy , Qaseh Dalia Adelia & MK Syahir untuk mencari makan malam. Malam penuh nostalgia , makan burger jalanan di kaki lima ditemani hujan. Yang lain ada yang pergi ke rumah pengantin untuk tolong apa yang patut sambil cari jodoh , berjoget lagi dan juga ada yang terbongkang lena awal.


13 Dis 2013 (Sabtu)
Majlis kenduri dan bersanding antara pasangan 2 blogger ini berlangsung di rumah pengantin perempuan. Majlis di sana lain sikit dari majlis kenduri di sekitar Semenanjung sebab majlis bermula awal pagi dan tengah hari dah selesai. Kami semua ke sana hampir tengah hari , pulun bergambar dengan pengantin dulu - penting u olls gambar tu. Lepas makan , melepak di rumah pengantin sementara master planner dengan F1 driver pergi amik kereta yang akan disewakan selama 2 hari 1 malam.


Sebelah petang , kami singgah sebentar ke Pantai Temasya Bintulu. Tahun ni Ty memang asyik gi pantai je. Bila dah ke pantai memang bergambar tak hengat dunia la , posing terlampau , melompat , berselfie bagai habis la. Rare thingy is we guys ate Ais Kacang or it’s similar to be before went for our dinner.


14 Dis 2013 (Ahad)
Hari terakhir yang akan kekal menjadi kenangan paling kelam kelibut yang tidak dapat dilupakan. Dari pagi sampai ke senja si Along Yusuf Rosli , dah jadi driver ke hulu ke hilir, kecian tapi yang penting , Kak Zai selamat dibawa ke hospital sebab semput bergelak ketawa sementara ke airport tuk hantar Norfa Nil.

Tengah hari , berjalan di Pasar Utama Bintulu , ada juga berlaku perkara tak berapa nak syiok tapi settle la jugak dengan baik. Lupa diri sat masing – masing bila bershopping sakan. Maka sesi kelam kelibut pun beraksi lagi sebab nak kejar balik rumah and amik barang - hantar kereta sebelum nak hantar Nadh + Syakiraa + Fateh Uwais + Nana + Kak Zai ke airport memandangkan flight depa pukul 4 lebih pula. Memang mengucap sepanjang jalan je la u olls oiii bila naik kereta umpama tengah racing kat litar je rasanya. Huh! Luruh jantung dibuatnya , bukan takut mati tak kahwin lagi tapi cheq da mak pak lagi oi. Tapi pepun , Alhamdulillah semuanya selamat.

Kecut perut sampai lapaq jadinya , jadi lepas pelepaih depa , kami singgah makan “tengahari” sebelum kami pula berkejar ke airport untuk flight pukul 7:30 malam. Memang kenangan di Bintulu yang tak tahu nak digambarkan macam mana. Hakikatnya penat kot. Seumpama seharian kami just on the road. Walaupun flight kami pun delay masa nak terbang ke Kuala Lumpur , tapi Ty puas hati dengan the smooth landing di LCCT. Terbaik , pilot tu memang terror. Just like the way when the plane landed.

nak gak minah air asia ni enterprem , cokodok betui la

Walaupun pertemuan pertama kali dari mata ke mata , alhamudulillah kami serasi dan bersebumbung lebih - lebih lagi terlebih professional yang pastinya. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal walaupun perkenalan awal hanya di alam maya pada mulanya – Blog juga Facebook ke Whatsapp

Next wedding trip , siapakah?

Sekali lagi Tahniah buat pengantin dan pada rakan blogger  ; #kamibloggerutagha & #kelabbloggerbenashaari , u guys rockx!

10 comments

  1. Ingat xnak sebut name along tadi.. Nasib baik haaaa

    ReplyDelete
  2. Bukan 12 mei...tapi 13 disember...hihihi...mekasih ty sudi datang jauh ke bintulu..first time jumpa ty..sebelum ni nampak kat fb n ig je..hihihi..maaf atas segala kekurangan ye...jemput datang lagi lain kali~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh , terTYPO rupanya , dah update. Ampunkan saya. Oppsss

      Tu la , 1st time kita jumpa. Terima kasih jemput. In sha Allah , nanti kita jumpa lagi.

      Delete
  3. Pergh, jauh benor pi kenduri..
    Apepun, tahniah buat pengantin
    Seronok tgk gambar korang bercuti di bimtulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala berjalan jauh pi kenduri dengan yang lain , bukan selalu dapat pi ...
      *bimtulu* pun boleh , oppsss...

      Delete
  4. Tula ty. 12mei lame da lpas hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrrr , tgh mlm update tersalah TYPE.. bukan TYPo.. Edited. Krikkk3X

      Delete
  5. Replies
    1. In sha Allah , GK !! Harap kali ni dapat trun utagha dan gather dgn yang lain. =)

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.