Lawak Ke Der 3 yang dibawa oleh ESCAPE

Saturday, December 7, 2013

Salam u olls ,


Pada 4 Dis 2013 yang lepas , Ty berpeluang untuk ke Istana Budaya untuk menonton teater yang dinanti - nantikan oleh para peminat Lawak Ke Der 3 yang ditaja oleh pihak ESCAPE. Persembahan teater ini berlangsung sehingga 8 Dis 2013.



Dan apa yang boleh Ty katakan pada u olls , memang sangatlah rugi bagi yang tak pergi tengok dan tonton teater Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kenapa Ty berpendapat sebegitu , sebabnya dengan kehadiran juga penampilan muka - muka pelawak seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim telah berjaya menghiburkan satu panggung sari , pergh senak perut wei gelak tak henti dengan lawak - lawak yang bernas lagi berfakta oleh para pelawak kita ni. Spontan dan selamba je mereka persembahkan, memang tabik spring lah!


Walaupun ramai para penonton ada mengatakan Lawak Ke Der sebelum ini ; Lawak Ke Der 2 lagi best dan kelakar tapi ada juga yang kata Lawak Ke Der 3 kali ni lagi best gila u olls. Jadi kalau u olls nak tahu sama ada BEST ke tak , u olls semua kenalah tengok teater Lawak Ke Der 3!

Halo! Halo! Halo uolls , kalau tak best teater Lawak Ke Der 3 ni tidak lah terbuktinya apabila tiket - tiket telah pun habis di jual . Sangat hebat ! Sedih dan frust menonggeng ke u olls sebab tak dapat atau tak sempat juga berpeluang untuk tengok secara live ? Usah risau , meh Ty nak bagitau berita baik terutamanya khas kepada pelanggan ESCAPE kerana masih lagi peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 ini secara eksklusif mulai 31 Disember 2013 selama 6 bulan. Fuyoooo ! Perghh , lama siot! Jadi ambil la peluang ni supaya u olls tak akan terlepas peluang ini untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.

U olls , selain dapat menyaksikan Lawak Ke Der 3 , terdapat juga satu lagi peluang yang u olls wajib rebut peluang oleh pengguna atau pelanggan Celcom dengan menyertai peraduan Cuit - Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai sebanyak RM5,000 setiap hari! Tudia , sambil tengok Lawak Ke Der 3 boleh menang wang tunai. Banyak untung oo. 


Nak tahu caranya? 

Mudah saja u olls , 
  • mulai 7 hingga 27 Disember 2013 , pelanggan Celcom hanya perlu menonton YouTube Channel- Cuit-Cuit @Escape atau [klik] : https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3. 
  • Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. (Jawapan tidak perlu panjang ye u olls , cukup dengan satu perkataan)
Nak tahu lebih lanjut ? Layari laman web ESCAPE sekarang u olls!


Apa yang u olls perlu tahu tentang ESCAPE.

ESCAPE merupakan satu dunia hiburan peribadi yang boleh membawa anda ke mana sahaja. Juga boleh menikmati pelbagai video yang hebat , filem , konsert , berita , acara terkini dan banyak lagi , semuanya setempat.

U olls boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had. Hanya RM25 sebulan , ok u olls!!! Dan lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk u olls pilih di mana merangkumi pelbagai genre ; aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta . Selain itu , termasuk juga konsert terkini , acara karpet merah yang eksklusif , berita terbaru dan banyak lagi la u olls.

Dan kini u olls pasti tidak akan lagi terlepas peluang untuk menonton filem mahupun drama bersiri kegemaran u olls. Untuk maklumat lanjut , layari www.ESCnow.com sekarang!

1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.