Salam u olls ,
Bercuti lagi? Ye , jadual yang sangat padat. Dan cerita dan pengalaman di Krabi dan Kedah pun tak habis lagi Ty cerita. Semuanya berlaku dengan pantas. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik , sekarang kita dah di hujung tahun. Kali ni , percutian bersama 3 rakan blogger perempuan yang berstatus single tapi berpunya. Apa yang membawa kami bersetuju ke Gold Coast Morib ? Semua nya gara - gara , abang Lan Careno asyik promosikan kupon murah yang ada di laman web StreetDeal.my. Macam mana tak tertarik dengan promosi tu , bila dengan hanya RM168/- daripada RM584/- untuk 2 orang pada hari biasa bukan hari cuti ye.
Perjalanan kami bermula dari Putrajaya yang hampir masuk tengah hari sebab tunggu Mieza datang dari KL. Dalam perjalanan singgah makan di Warung Bunian untuk makan tengah hari. Lapaq u olls , konon nak gerak pagi dan breakfast , lain jadi nya. Melahap macam dah lama tak jumpa nasi pun ada la kami sorang - sorang. Sopan je makan sebab senyap je. Alhamdulillah , semua nya selamat sampai walaupun dah kekenyangan makan dengan mata yang kuyu surr gitu.
Kami berempat ; 2 bilik dengan masing - masing 2 awek setiap satu bilik. Selesai urusan check - in , serbu bilik! Perghhhhh luas bilik we olls dengan bilik mandi ada jakuzi lagi. Misi berjakuzi memang ada dalam perancangan. Lepas solat Azar , kami berempat terjun kolam di theme park dengan rasa diri sangat muda cam kanak - kanak yang membanjiri taman tema tu. Masa kecik dulu tak puas main kat Tambun , Sunway Lagoon , Bukit Merah camni la jadinya.
Semua kami redah tak ada yang tinggal pun , sama naik dengan telatah budak kecil. Mak bapak budak pun heran tengok kami yang besar kerbau terlebih hyperactive macam anak depa. Tergelak tersenyum makcik pakcik dengan gelagat dan kerenah kami. Mak tiri kami si Kak Sue Izza dari tak nak masuk kolam, last - last turut memerang dengan kami. Penat tapi best! Dah lama tak swimming , Qaseh dan Mieza dah pandai pun , kejap je ajar dengan kelas ringkas. Bagus mereka tak lampir bab ni.
Sebelum senja , dengan baju basah juga kami berempat ke tepian hingga ke tengah pantai Morib. Tunggu sunset tapi tak berapa jelas sebab matahari turun dekat sebelah kawasan berhampiran dengan Pantai Klanang.
Senja pun melabuh tirai , langit pun dah gelap menandakan sudah malam. Kami sempat mandi dan solat Maghrib sebelum keluar mencari makan malam di sekitar Dataran Pantai Morib yang berhampiran dengan penginapan kami. Makan nasi la wei , lapar lepas berenang tapi mengantuk pun ada. Keciannya masing - masing dah selesema. Pulun makan ubat yang dah di bawa. Bekalan selesma sentiasa ada kalau Ty pergi bercuti mana - mana. Senang sangat selesma. Haihs. Lepas balik makan malam , kami berjakuzi berempat di kamar Kak Sue dan Qaseh. Yang sakan berjakuzi mestilah Kak Sue. Ty sekadar celop kaki je. Berendam si Kak Sue sampai 2 pagi , u olls. Sesi berjakuzi tak dapat Ty dedahkan di blog , FB , Twitter mahupun Instagram. Semuanya hak cipta dan milik terpelihara.
Kononnya lepas Subuh , nak pergi tengok sunrise , ke laut pun tidak la , bila kami tido pun dah pukul 3 pagi. Dengan Qaseh dah tak berapa nak sihat. Kak Sue mampu marah dan membebel je call. Dah bangun awal , packing siap - siap baju sebelum turun makan sarapan pagi. Makanan untuk sarapan pagi termasuk dengan pakej pembelian kami. Dan semua makanan yang disediakan kena dengan tekak dan selera Ty. Blurpp , alhamdulillah. Sempat la kami ke pantai lagi , sesi amik gambar dengan sinaran UV PV BE sebagainya sebelum check - out.
Lepas makan tengah hari , we olls ke Dataran Pantai Morib lagi , riadah sambil hirup udara dari pantai walaupun panas terik. Sejukkan tekak dengan makan ais krim sambil main kejar - kejar dengan monyet di situ sampai dirembatnya ais krim. Ini cerita betul. Cuak doh! Rasa tak cukup tangan dengan kaki. Cenggei betoi muka sekoq - sekoq monyet. Sebab kan ada gangguan dari binatang ni , kami ke surau untuk solat sampai terlelap sampai Asar. Beertuah sungguh kan? Dah nama pun tak cukup tidur.
Destinasi seterusnya lepas solat , kami ke Pantai Klanang. Puas hati singgah Pantai Klanang , sebabnya memang situlah tempatnya si matahari turun naik. Cantik sangat , tak ada kata - kata untuk dikatakan lagi. Terdetik di hati ; Subhanallah , cantiknya. Kami tunggu sampai senja. Tapi Ty dah penat lagi lepu tak ada la mood nya nak bershooting sakan macam mereka - mereka. Tapi memang cantik tak percaya tengok gambar yang sempat Ty snap.
Cantik kan? Mampu amik gambar melalui HP ja , jadi tak banyak mana la Ty amik gambar sebab lagi teruja dok tengok persekitaran sekeliling dengan paya bakau dan matahari. Tenang rasa bila tak ada gangguan kerja dan lain - lain. Tapi sayangnya percutian ni singkat sangat. Esoknya , dengan muka kulit hitam berkilat la masuk kerja. Argh ! Kami kembali kepada rutin kehidupan seperti sedia kala. Apa pun , Morib dan Klanang sangat CANTIK!
Aritu singgah intai2 je kat pantai morib tu c tau lawa gile . Wahh gold coast dia bestnyeee
ReplyDeleteHee best kak , sila pergi dengan asben dan hanak2 mu.
Deletex pernah sampai lagi kat sini ..:)
ReplyDeleteSampai - sampai kan lah kaki tu ke sana dengan tersayang. =)
Deletebest best penah pegi gak hehe
ReplyDeleteSetuju kan Phat , Xpuas la jadi kanak2!
Deletelompat mengepit jekan dr dulu sampai skang ekekeke
ReplyDeleteKalau ada dengan Qaseh , mesti la kena turut serta melompat Adi. Ahaksss
Deleteyang sunset tu cantik sangat Ty :)
ReplyDeleteCiptaan Nya , pasti cantik Liza =)
Deletecantik..
ReplyDeleteSemestinya Yie , kami pun cantik kan =)
Deleteyang ni yang selalu buat offer utk ajk org jugak tu kan..
ReplyDeleterasa mcm penah terima call dari depa..
Ye ke , xpernah pula terima apa2 call.
Deletejakuzi eaaaa....bhahahahaha....
ReplyDeletesuka benau dia erk
DeleteSebuah percutian yang menarik..
ReplyDeleteDan kami sekeluarga pun dah melawatinya..
Ikuti pengalaman saya sekeluarga di
www.ummudd80.blogspot.com
Sangat menarik sis.
DeleteOkay akan balas kunjungan.