Salam u olls ,
Kali ni Ty nak kongsi sedikit tentang Ty dan blog. Pada mula Ty ada blog , Ty tak tahu pun boleh jana pendapatan menerusi penulisan pada setiap post entri malah juga pemasangan iklan di blog. Setelah saban hari , Ty banyak belajar dari rakan blogger hanya di alam maya. Sedikit demi sedikit , Ty mula faham dan seronok menulis yang dulu sekadar suka - suka rupanya ada habuannya.
Syukur , Alhamdulillah sebelum ni pun Ty ada menerima bayaran daripada beberapa pihak walaupun hasilnya tidaklah berjumlah besar tetapi Ty anggap itu satu permulaan bagi "newbie". [3 tahun dah pun menulis dan ada blog]
Ini adalah cek ; bukti bayaran yan Ty terima baru - baru ini dengan job yang Ty dan rakan blogger lain terima. Alhamdulillah , untuk rezeki yang Ty dapat ini.
Ha , ada tak yang terkejut? Sebelum ni mesti ada yang pernah pertikaikan Ty ni sibuklah dengan blog nye dan event dan job sana sini. Or asyik - asyik dengan blogger dia je. Tu salah ye , Ty kawandengan sesiapa sahaja. Selain sibuk di pejabat , Ty adakalanya sibuk juga dengan kerja - kerja blog. Dengan kesibukkan ini la membuat Ty terlupa sesetengah perkara yang tidak perlu lagi Ty fikirkan dan ingat lagi.
Walaupun penulisan di blog Ty ni tak sehebat otai Ty ; brader berbadan tegap - Ben Ashaari tapi Ty semakin hari semakin suka menulis sambil memanfaatkan peluang yang ada. In sha Allah , Ty akan sentiasa dan terus menulis walaupun sesibuk mana Ty dengan urusan kerja dan duniawi lain. Ini supaya bila di hari tua nanti , Ty boleh tersenyun dengan penulisan yang bermacam bunyi dan intonasinya. Jua bila Ty sudah tiada , setiap penulisan yang tinggal masih boleh dibaca dan dikenangkan oleh mereka yang mengenali Ty.
Kepada semua yang telah memberi semangat tuk Ty terus menulis blog termasuk my mummy , Terima Kasih atas dorongan itu! Kan Ty cuba tuk menulis walaupun akan dimamah usia kelak.
U olls , teruslah menulis blog juga ye!
posted from Bloggeroid
Alhamdulillah...rezeki rajin berblog!xlama lg jd famous blogger la...hehehe yeayyyy gud2
ReplyDeleteTak ada la sampai nak keja jadi famous , biar blog ja sentiasa ada pembacanya. TQ for the support Ina!
Deletetahniah..sikit2 lama2 jadi bukit :)
ReplyDeleteIn sha allah =)
Deleteyeahh btull... blog ni adalah sesuatu yg menarik utk ditinggalkan bile kite takde nnti... ank cucu boleh baca pengalaman hidup kite...
ReplyDelete
DeleteKan , nanti harap anak abang Lan baca gak la blog Ty eh...