Sahabat Media Cuti - Cuti 1Malaysia 2013 - Sungai Petani Inn (AmanPura Hotel)

8:43 PM Yanty Lee 8 Comments




Salam u olls ,

Minggu lepas Ty berceloteh tentang satu pengalaman yang tak terungkap dengan kata – kata bila Ty diberi peluang untuk turut serta bersama para Sahabat – Sahabat Media bercuti – cuti 1Malaysia di negeri jelapang padi , Kedah. Ok , bila Ty pergi “bercuti” ni pastilah ada tempat penginapan untuk menginap ye dak , macam tu juga dengan u olls kan. Mesti nak pergi bercuti ada terselit untuk cari tempat menginap , kan? Jom Ty bawa u olls , ke satu tempat penginapan di kota Sungai Petani.


Tak tahu nak menginap di mana bila jejak kaki di Sungai Petani , Kedah? Jom u olls ikut Ty ke Sungai Petani Inn yang juga dikenali dengan nama AmanPura Hotel. Sebuah hotel yang sering mempertingkatkan mutu perniagaan mereka dari semasa ke sesama. Kini berwajah baru setelah banyak dan pelbagai pengubahsuaian di mana memperkenalkan penginapan sehingga 114 bilik yang disediakan dan dikatergorikan kepada 48 bilik Superior , 58 bilik Deluxe , 7 bilik Junior Suite dan juga satu VIP Royale Suite


Selain bilik untuk melelapkan mata dan berehatkan badan , u olls boleh juga bersantai di D’Santai Lounge atau pekena kopi secawan di Aroma Coffee House sambil berbual – bual kosong bersama teman atau keluarga semasa masa lapang ketika menginap di sana. Banyak lagi fasiliti – fasiliti yang pihak pengurusan hotel sediakan untuk pengunjung hotel mereka. Antaranya ;

Business Centre
Ballroom 
Seminar halls
Swimming poll – for children & adult
Gymnasium
Spa
Golf arrangement 
Laundry service

Dan banyak lagi , tapi semestinya dengan dunia global semakin canggih dengan gadjet pun yang canggih – manggih semestinya ada Free WiFi

Bukan sekadar ada bilik penginapan dan fasiliti yang menarik tetapi bagi pasangan bakal melangsungkan majlis walimatul urus atau perkahwinan juga boleh mendapatkan tawaran yang murah di hotel ni. Hanya serendah RM15/seorang hingga RM22/seorang yang terdiri daripada 3 jenis pakej; Pakej Intan, Pakej Mutiara dan Pakej Berlian. Tempahan minimum yang boleh memuatkan kira – kira 800 orang , maknanya jemputan u olls la yang nak mai kedarah di majlis tu nanti. Grand tak? Ambooiii , curlas sangat.

Amacam u olls  , mesti ada rasa nak senarikan tak Sungai Petani Inn dalam tempat penginapan nanti? Pastinya puas hati dengan percutian u olls bila mendapat penginapan yang selesa. 

Bagi yang ingin menempah ruang dewan untuk seminar juga digalakkan. Bukan sahaja speksifikkan kepada penginapan, seperti fasiliti yang sedia ada , macam – macam aktiviti lain juga boleh diadakan di sini. Khususnya pada kakitangan / agensi perkhidmatan awam (50%) , alhi / agensi korporat (40%) serta agen – agen pelancongan (10%).

Untuk keterangan lebih lanjut dan tempahan, boleh menghubungi ; -

Telefon : +604 421 3411 / 12 / 13
Faksilimi : +604 421 2423
Alamat Penuh : 427 ,  Jalan Kolam Air , 08000 Sungai Petani , Kedah Darul Aman
Emel         : [email protected]

*untuk lebih gambar dari para sahabat media , dapat nya di Instagram dengan pencarian hashtag #lembahbujang #cc1m #vmy2014*

8 comments:

  1. Assalam. Salam ziarah dari teman baru. Dah lama tak ke SP. Dulu masa study ada juga sekali sekala ke sana membuang masa dan duit. Mungkin sekarang dah banyak perubahan,,

    p/s Terima kasih sudi berkunjung ke 'teratak' buruk sy tu. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam... rasanya memang byk dah berubah , ada masa pergi la sambil mengimbau kenangan lama..

      *sama-sama*

      Delete
  2. memang terbaik lahhotel nie...
    mesti mahal gak nie kan..hihi...

    klik2 nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde la mahalnye , berpatutan Sis Nao Mei.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen