Part 1 : Bercuti di Krabi - Selamat Sampai

10:25 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls , 

Alhamdulillah urusan passport pertama Ty selesai dengan baik.

Selepas pulun kerja hampir setiap hari balik malam untuk cuba sedaya mungkin settle kan kerja mana yang ada walaupun hakikat nya tak pernah selesai , Ty bercuti panjang. 5 hari 4 malam di "kampung" - Penang dan lebih kepada merehatkan dan memalaskan diri sahaja walaupun Raya Haji tak terasa kehangatan pun.

Khamis ; 17 Oktober 2013 - Sebelum matahari terbit lagi , Ty dan best friend dari darjah satu ; Affida aka Ika dah terpacak di LCCT , Sepang dalam jam 5 30 pagi. Tidur memang tak cukup , sebab drive balik dari Penang ke Putrajaya dengan drop off my auntie's friend lagi semua dah malam juga jawabnya sampai pastu dengan tak packing untuk nak fly dan berholiday. 

Carca marba sungguh.

Sempatlah kami berdua singgah di Marrybrown untuk sarapan dan lapik perut sebelum meninggalkan jejak di Malaysia. Bajet cam pi overseas habis kan. No luggage to be check - in , hand carry sahaja yang kami bawa , by 6.20am dah kena masuk "departure hall" dan Alhamdulillah penerbangan ke destinasi tepat pada jam dan minit nya ; 7.00 pagi.

Jakun sat tengok aeroplane , 
tu yang snap sebab jauh sangat berperjalanan nak sampai ke Krabi 
eh.. plane kami ke Krabi so ada saja pit stop Ty.

Kita pit stop , dia pun nak stop - menyibuk aje.

Memandangkan masing - masing bergadjetkan "smartphone" makanya tak de makna la kami nak switch off tapi sekadar ber"mode"kan flight mode. Susah la kan nanti nak bercamwhore bila dah tutup. Mamat cina pekong sebelah Ty pun buat benda yang sama. Janji tak ganggu sistem penerbangan dan pemanduan driver kapal terbang.

Camwhore

Ha kan dah kata mesti ada punya la camwhore dalam flight. Mana reti dok senyap. Dah lumrah ye tidok bila dilahirkan sebagai perempuan. Muka mengantuk dan menahan kesakitan yang perit tapi nak buat macam mana dah kena bercuti kuatkan dan gagah juga la.

Sepanjang penerbangan , semuanya baik - baik dan tiada sebarang mushibah atau perkara yang tidak diingini berlaku. Syukran. Pendaratan di Krabi Airport kira - kira jam 7.25 pagi. Eh , bukan masa yang singkat selama 25 minit sahaja ye penerbangan. Pendaratan adalah waktu di Krabi , Thailand. Maknanya, perbezaan waktu dengan negara kita ; Malaysia adalah kurang satu jam. Duration time on flight is about 1 hour 25 minutes .

Krabi Airport

Ini suasana di Krabi Airport , tak semeriah di KLIA mahupun LCCT memang macam tak ada apa sangat pun. Kecut perut bila sampai tempat sunyi macam ni tapi rata - rata satu pesawat memang dari Malaysia. Semua berkumpulan kami je 2 girls yang pergi bercuti dan bajet tau je apa nak buat tapi gamble sahaja. Baru la nampak gaya ala - ala "backpackers".

Sampai ja kat airport , kami berdua survey untuk aktiviti berpakej sepanjang hari pertama kami dan esoknya juga. Memangkan BFF Ty baru ja balik dari Koh Sah Mui jadi dia tahu la serba sedikit. It's more similar.

RM600 ditukarkan ke mata wang BHAT dapatlah hampir 6K.

Dengan 6K Bhat , apa saja la Ty dapat buat dan terokai kepulauan di sekitar Pulau Krabi ni. Untuk hari pertama , kami hanya amik keputusan untuk berjalan sekitar town dan darat tapi bukan ke Hot Spring ke layan Elephant atau berKayak-ing yang semestinya famous dan akan di'promote' oleh sales advisor ajen. Memandangkan Ty pun tak sihat , jalan - jalan sekitar atas darat je. Trip pakej  untuk esoknya  pun kami dah beli jadi tak la kami terover guna duit.

Next entry Ty cerita lagi dengan picture yang cantik - cantik okay.

14 comments:

  1. Replies
    1. Ngeee .. shhh jangan heboh2 nanti kena rompak plak. Amin doakan Ty kaya. =)

      Delete
  2. Seronokkan bila dpt jalan2 camni.. release tension gitu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , syukur dapat berjalan ke tempat orang walaupun hakikatnya jadual Ty sangat memenatkan sebenarnya bro Alwi.

      Delete
  3. wahhh, best nya dpt pergi Krabi..

    ReplyDelete
  4. wahhh..bestnye krabi..
    teringin nk pegi..huhuu.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas abes musim tengkujuh..insyaallah..hikhik.. :D

      Delete
    2. Wah , in planning dah.. great!! Have fun nanti...

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen