Paintball Bersama Rakan Blogger

4:00 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls , 

Pernah main game paintball tak , u olls? Ty memang tak pernah main permainan ni apatahlagi bila desas desus mengata game ni lasak. Tapi bila diperlawa untuk review oleh rakan blogger sebelum ni, Ty tiba - tiba jatuh sakit ; "memerut" bak kata Bro Framestome jadi tak dapatlah turun ke medan perang untuk bermain paintball. Sedih betul , rugi nak merasa cara main tambahan pula percuma kan. Oppss...


Sebab kan geng blogger yang turut pada hari tersebut terlalu asyik membakar line untuk repeat semula beraksi dan menembak di medan perang ala di Lahad Datu la kononnya , maka Ty disuruh untuk merancang juga mendapatkan seramai mungkin rakan blogger yang berminat untuk turut serta. Alhamdulillah , sungguh tak sangka , sambutan yang diterima sangat memberangsangkan walaupun Ty bukan lah blogger hebat yang dikenali ramai. Bahkan , kali pertama menjadi penganjur event (tidak berbayar , masing-masing bayar sendiri) amatlah teruja dengan feedback kawan blogger walaupun tidak pernah kenal secara in person.






Alhamdulillah , setakat ni dah pun 2 kali Ty jadi penganjur untuk game paintball. Terima kasih sangat pada semua rakan blogger yang banyak membantu Ty menjayakan event ni, juga tunjuk ajar yang diberikan. Ty ni penakut tapi sebab jadi penganjur dah berani bercakap dengan orang , unik rupanya jadi seorang penulis blog walaupun bukanlah blogger tegar.

Paintball , satu permainan tak lasak pun , u olls . Kalau lasak takkanlah Ty dan rakan blogger yang perempuan lain turut lagi buat kali kedua , bukan sahaja blogger otai si Ben Ashaari dan Bro Framestone sahaja yang kemaruk dan gian nak main lagi tapi Ty dan yang lain pun sama juga. Percayalah, sangat seronok sambil beriadah dengan kawan.


Takut main nanti akan ada kesan lebam? Huh! Main la permainan apa pun , kalau tak strecthing atau tercedera itu tipu lah. Ty dari sekolah main sukan , memang "budak sport" kata orang , hoki - bola jaring- bola tampar - badminton dsb Ty bedal main , seronok masa main , memang akan ada rasa sakit nya bila terjatuh dsb. Setakat kesan lebam , sekejap je pedih sakit tu dan esok lusa dah xsakit pun dan dalam seminggu dua hilang la. Dah isu lebam bukanlah penghalang untuk Ty dan rakan blogger perempuan lain untuk main lagi.

Jadi , majulah sukan untuk negara bukan bagi alasan. Eh , boleh ke macam tu ? Haha.

Bagi yang berminat untuk sertai Ty dan rakan blogger yang lain , jom jumpa pada 30 Nov 2013 ni , In sha Allah kami akan mengegarkan lagi medan perang di Cyberjaya Paintball dan untuk maklumat lanjut bolah PM Ty di sini.

Jom la ! Sekali main , pasti nak lagi. 

4 comments:

  1. wahhh, bes nya dpt main, hari tu kwn ada ajak main tp tak pergi pula. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la pergi Sabut ; 30 th ni. =) memey best!!

      Delete
  2. Replies
    1. Next game jom la join main paintball sekali. Tapi bayar sendiri2 la

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen