Beza Blogger Fulltime dan Bukan

Wednesday, November 20, 2013

Salam u olls , 

Happy Wordless Wednesday. Alahai dah lama tak ber"wordless wednesday" lately ni. Teringat pun sebab sempat berBW ke blog Kak Fiza Fantagiro yang update entri bertajuk Wordless Wednesday.

Entri kali ni pun berbau ala wordless tapi ada kata-kata sebabnya Ty sangat speechless. Sangat - sangat speechless. Nak tau kenapa? Semalam Ty kerja di pejabat sampai pukul 11:30 malam punya fokus kerja sampai bila printer buat hal baru sedar cepatnya masa berlalu namun kerja masih tak habis cuma susut dari menggunung tinggi lampai u olls.


Semalam teruja Ty layan Whatsapp dengan geng , walaupun ada yang memang antara blogger otai dan biasa ja. Jujur Ty gitaw , sejak kenal depa la tau selak selok belok dunia blogging. Boleh jana pendapatan, berani kenal dengan rakan alam maya jadi close macam adik beradik. Apa yang dibualkan dalam group Whatsapp? Ada kaitan dengan pengetahuan Nuffnang

Nuffnang? Mesti semua blogger tau kan tentang pengiklanan yang boleh dipasang kat blog masing-masing. Tapi tak terkejut pun bila rakan blogger / whatsapp bertanyakan dan pertikaikan isu mendapat BE / CPUV dan cara hantar ticket kepada Nuffnang. Juga dah bertahun berblogging tapi Earning tak bergenjak - genjak. Teruja , bagus betul dierorang yang tak tahu bertanya pada yang tahu , walaupun kononnya ada satu situasi macam persoalan sensitif di mana blogger sebenar digelar bila dia ada  blog yang hebat dengan PU / UV traffik yang kencang  , dikenali (ala-ala retis) dan semestinya dia adalah seorang full time blogger



Blogger Picisan - seseorang individu cuma sekadar ada blog je la tapi apa yang full time blogger kejarkan atau ada blog untuk suka - suka sambil isi ruang kekosongan. 



Tapi rasanya tak salah kalau seorang blogger picisan itu diberikan peluang untuk berjaya juga dengan didikan dan tunjuk ajar daripada rakan blogger yang sememangnya arif dalam dunia blogging , kan? Ty rasa ini bukan persaingan yang nak mencantas sesama sendiri tapi lebih kepada persaingan yang lebih sihat. In Sha Allah , Ty teruja tengok kebolehan dan semangat blogger Abang Lan Careno yang berkobar - kobar nak achieve beberapa target dalam berblogging sebelum hujung tahun. 

Teringin Ty jadi macam dierorang ni , cuma masa tak mengizinkan tak kejar dikenali tapi blog sentiasa terjaga dengan ada entri atleast satu entri satu hari pun jadi la sebagai permulaan. Mampu kah Ty? Berbanding dengan tahun - tahun lepas , tahun ni sepertinya paling kurang entri dipostkan. Sadis betul , bukan tak ada nak diabadikan dalam blog tapi tak kesempatan nak update  tengok je la dengan kerja yang banyak balik lama dan recently asyik jatuh sakit , sampai disahkan ada "penyakit". Sedih kot! Tapi Ty redha, semuanya ada hikmah kerana sakit itu penghapus dosa.


Jana pendapatan dalam dunia blog , Ty tak kejar juga bukan tahap sengkek sampai nak dapatkan duit untuk apa - apa urusan peribadi. Tak mampu untuk sesuatu perkara usaha-kan-lah dengan cara yang betul tanpa mengaibkan diri sendiri dan keluarga. Rezeki tak datang bergolek - golek , dan tadaaaa "Eh! Saya rezeki ni datang kat awak". Bukan senang nak jadi senang , bukan susah pun kalau nak jadi susah. LAME. Tapi siapa tak nak kan kalau dapat duit , tapi kalau cara tu kena betul. Banyak lagi Ty kena belajar dalam dunia blogging sebenarnya , itu lah hakikat.


Serba salah nya rasa sebab ada beberapa entri bersponsor Ty masih tangguh tapi yang lain boleh je curi masa untuk update. In Sha Allah dalam usaha , maafkanlah bukan niat dan disengajakan. Mungkin situasi blogger yang berstatus seorang pekerja. Dan anak , bila mak duk sekali , susah oiii nak hadap lappy sebab ada ja nak ke sana ke sini , tak kesempatan la nak dalam keadaan tenang dan tiada gangguan manusia atau mahkluk lain untuk Ty bagi 100 and 50 percent of focus pada kerja juga entri yang patut diupdate. Nak tulis bukan main merepek je , orang nak baca mesti ada fakta dan menarik info juga gambar yang dikongsikan mesti ada daya tarikan untuk pembaca terus membaca. Betul tak?


Moga lepas Ty settle semua kerja seperti dilistkan  , nanti Ty boleh la cuba update entri - entri  tak pun autopublish kan , In Sha Allah. Moga ada dorongan dan u olls , untuk Ty tak terus diam dari berblogging atau tutup blog ini. 

Okay , nak sambung habiskan kerja . Sambung berentri , berBW dan sebagainya nanti. 
Muahx uolls.

26 comments

  1. Semangat berblogging ni muncul bila ada kwn2 blogger mcm uolls smua laa... dan keseronokan berblogging ni jugak dtg dr blogwalking... seronok baca apa yg org sharing.. sbb tu semangat jer ni... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul , kita nye group satu group bersaing dengan sihat.

      Delete
  2. SALAM perkenalan....singgah sini...entry menarik ...kalau tak blogwalking may kita kurang ilmu, kurang fakta pelengkap sesuatu cerita....
    http://ceritamayapersada.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Sukma Haron , tq entry luahan je hee... Yes kurang la ilmu klu xde kawan yg byk mnolong dlm dunia blog ni.

      Delete
  3. setuju dgn Ty...nak fokus pada blog tatkala bergelar pekerja makan gaji ni bukan mudah..kena pandai bagi masa dan sentiasa update benda2 yg ada fakta..oshin pun selalu merapu dalam blog tu hehe tapi ada masa akan cari sumting yg boleh berkongsi dgn kawan-kawan...

    seronok bila ramai kawan kat alam maya ni..ada masa kita tak boleh nak jujur sangat especially dlm talian ni sbb tak semua jujur..tapi kalau kita pandai memilih insyaAllah selamat..so far, kawan-kawan kat blog ni semuanya baik-baik dan saling membantu..walau sekadar kenal melalui penulisan, bila jumpa dah macam kawan lama...semoga persahabatan kita semua akan berkekalan sampai bila-bila...insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la setakat ni semua kwn alam maya yg dh bjumpa baik2 , harap jgn ada mslh la. Tu la susah nk fokus kan bila kita ada komitmen kerja bgaji ni..

      Delete
  4. setuju ty . tambah tambah bila ada suami . Jadi nak focus 100% pada blog mmg x mampu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak boleh fokus tapi tanggungjawab kita dan mereka tak memahami bidang ni , lain la kalu kita full time blogger dan punca pendapatan datang dari blog kan.

      Delete
  5. cita2 i nak jadi blogger full time eh.. boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh , amin. In Sha Allah. Buatla mana yang Adi rasa memuaskan Ok , Ty akan support jangan lupa Ty dan beri lagi tunjuk ajar lagi ye !

      Delete
  6. fae leh consider as part-time blogger je hihi

    ReplyDelete
  7. SGP hanya part time je sebab kene fokus study. Cita2 nk jadi fulltime tu ada. InsyaAllah :D

    ReplyDelete
  8. kunjungan perdana sobat,,
    salam blogger

    visit my blog => Index Apk

    ReplyDelete
  9. Haha , ingat telur ke darling? bole nak masak separuh2?

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Oh ye ke? Takpe nanti awak boleh menuntut ilmu untuk menjadi seorang blogger yang masak separuh atau masak sepenuhnya.

      Delete
  11. saya kawan ngan blogger jer.. sobs////

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadoiii la korang sorang2 ni... Sabar2 jeeb , kita memang kawan je dgn blogger2 hebat... Tak mampu jadi blogger cam depa ja...

      Delete
  12. setuju... kadang-kadang bila terlalu banyak sangat keje sampaikan tak terkejar lagi blog. Mungkin blog akan di update bila ada kelapangan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tapi Ty rasa tak lapang-lapang lagi ni nak rehat diri sendiri pun xde mase.

      Delete
  13. kunjungan perdana sobat blogger, salam kenal...

    blogwalking, silakan..
    Abicom Official Blog

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.