Sahabat Media Cuti - Cuti 1 Malaysia 2013 di Lembah Bujang , Kedah

6:08 PM Yanty Lee 8 Comments


Salam  uolls , 

Cepatnya masa berlalu , November sudah. Cuti sekolah pun sudah. Apa perancangan semasa musim cuti sekolah ini? Ada yang bercadang ke negeri Kedah atau sinonim dengan panggil negeri “Jelapang Padi”? Pasti semua terbayang atau terfikirkan Pulau Langkawi bila Ty ajukan persoalan antara percutian dan  negeri Kedah dan cuti. Tapi salah , ye olls. 

Jom Ty bawa uolls meneroka dan menjelajah banyak lagi tempat yang menarik di negeri Kedah Darul Aman. Di sekitar daerah Sungai Petani dan lokasi – lokasi yang berdekatan. Sebelum itu , Ty ingin mengucapkan sekalung tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur ; Santai Travel , M - Mode, Tourism Malaysia yang telah menaja satu event yang sungguh menakjubkan bersama sahabat – sahabat media bersempenakan dengan Visit Malaysia 2014.

spot me ?

Pergi nya Ty ke Kedah adalah untuk melihat dengan mata kepala sendiri apa yang menarik di sana. Hakikatnya banyak lagi tempat dan lokasi yang menarik cuma sayangnya tidak ramai pelacongan dari luar malah rakyat Malaysia tahu. Sesungguhnya , Ty pun tak pernah menapakkan kaki ke tempat – tempat menarik ini. 

Subhanallah , tak terungkap dengan kata – kata tentang penggembaraan Ty di Sungai Petani selama 3 hari 2 malam. Sebuah Bandar yang penuh keunikkan dan cantik mata memandang dengan suasana di sekitar perjalanan yang Ty pergi. Dari satu tempat ke satu tempat , ternyata u olls pun kalau pergi akan jatuh cinta. Contohnya , melihat lapangnya sawah padi dengan warna yang kehijauan. Sejuk mata memandang , tenang saja rasa. Kalau kita di bandar macam kota KL , asyik tengok kesesakan di sana sini. 


Setibanya sampai di Sungai Petani , kami ke Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk sesi press conference bersama YDP Datuk Haji Ismail bin Haji Said bagi merasmikan program ini. Kemudiannya , kami di bawa ke Sungai Petani Inn  dan merupakan salah satu penginapan yang ditaja sepanjang program ini berlangsung. Para sahabat media sempat bersesi press conference dengan pihak hotel juga secara ringkas sebelum bertolak ke lokasi pertama seperti yang telah dijadualkan. 

Antara tempat – tempat juga lokasi yang menarik untuk dikunjungi di Sg. Petani , Kedah ; -

Sungai Petani Inn / Aman Pura Hotel (klik)
- Terletak di bandar Sungai Petani
- Menyediakan fasiliti yang memuaskan dengan harga berpatutan

Jeti Semeling 
- Menaiki bot ke Tanjung Dawai menggunakan laluan air ; Sungai Merbok
- Dikelilingi paya bakau

Pantai Merdeka (klik)
- Pelbagai kemudahan dan gerai makanan / minuman telah dinaikkan
- Bertentangan dengan Tanjung Dawai (kedai makan ikan bakar)

Chalet Terapung Sungai Merbok (klik)
- Penginapan chalet – chalet mengikut kehendak pelanggan 
- Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan ; BBQ , memancing dsb.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang (klik)
- Merupakan muzium arkeologi pertama di Malaysia
- Koleksi dan bukti kewujudan pusat perdagangan antrabangsa
- Koleksi dan bukti kewujudan perkembangan agama Hindu Buddha

Cinta Sayang Golf & Country Resort (klik)
- Resort dan suites yang hebat
- Pelbagai aktiviti riadah juga boleh dilakukan ; memanah , menunggang kuda
- The Carnival ; taman tema air

Tapak arkeologi tamadun , Sungai Batu (klik)
- Masih lagi dalam proses mengkaji tapak tamadun
- Dikenali sebagai Kedah Tua (Kalah)
-       Tapak industri peleburan besi

Gunung Jerai (klik)
- Terdiri daripada batu dengan ketinggian kira – kira 1217 meter
- Aktiviti rekreasi boleh dilakukan seperti treking dan berbasikal
- Sesuai bagi pencinta alam fauna

Ha uolls , banyakkan tempat yang menarik di sekitar Sungai Petani , Kedah. Untuk cerita yang lebih dari pengalaman terindah Ty juga gambar – gambar yang banyak lagi , nantikanlah sambungan penggembaraan di entri seterusnya. 

Sekali lagi , terima kasih  pada pihak penganjur dan para sahabat media untuk pengalaman yang amat menerujakan juga kerjasama antara satu sama lain sepanjang “percutian” ini.

U olls , tunggu ye entri “rajin” seterusnya dari Ty.

8 comments:

  1. Replies
    1. Yes , I admit it. Wish to go more w you and others. Mimpikan je la. =(

      Delete
  2. Cinta Sayang golf tu okje selalu dengar Ty....seronok jugak kalau disponsoredkan Ty...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , rezeki sis Okje. Haah macam familiar kan nama resort ni...

      Delete
  3. Replies
    1. Boleh la Liza , sangat best jumpa macam2 ragam orang dan dapat rasa sesuatu pengalaman yang lain ..

      Delete
  4. menarik tu. banyak timba pengalaman lagi yerk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah , banyak pengalaman di sana nak di kongsikan lgi soon.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen