Salam u olls ,
U olls suka makan makanan ala - ala western tak ? Kalau tanya Ty , it is a "YES" !
Rancangan untuk makan di Mr Steak House di Seri Kembangan dengan rakan blogger Putrajaya dan berhampiran dah lama cuma nya timing masing - masing lari. Tapi tanpa dirancang menjadi la pula. Cuma ada beberapa orang je la yang tak ada bersama sebab nya mereka tak turut serta kami main paintball. Sebenarnya, lepas main paintball kami masing - masing tak ada arah tuju tapi tekak rasa nak makan steak kononnya si blogger ayu lagi femes amos ; Qaseh Dalia Adelia jadi terpesong la lencongan si driver kami ; Kyle Ril. Dengan panduan arah dari Ty kami pun selamat sampai ke destinasi terlebih dahulu sementara tunggu geng jantan - jantan sampai.
Yang lain , makan chicken chop kecuali Qaseh dengan Ty je bermenukan makan malam yang lain sikit.
Qaseh cuba menu Lamb Mix yang ada sikit isi ayam , Ty pula Chicken Golden Blue di mana dada ayam yang berisi padat dengan keju. Melimpah - melimpah hokayh! Sedap owh sangat sedap. Berbaloi. Siap "tapau"kan untuk mummy tapi Ty kena habiskan sebab portion sangat besar. Hakikatnya , Ty dah kenyang cuma dapat jamah bersama kononnya makan malam bersama pula dengan mummyi di rumah.
Sebabkan sedap dan puas hati , Ty dan Qaseh ke sana lagi. Bukan berdua tapi Ty bawa mummy & Kak Shameera Aimaa yang datang ke KL untuk urusan bisnes dia. Lepas solat Maghrib , kami terjah restoran ni. Dan kami berempat order menu makan malam yang berlainan untuk cuba rasa kelainan setiap masakan yang ada di situ.
Yang pasti , semua nya memang sedap.
Qaseh 's : Grilled Salmon
Kak Aimaa 's : Lamb Chop
Mummy 's : Sizzling Chicken Yee Mee
Ty 's : Fish & Chip
Temptating tak? U olls tolong la pergi dan rasa sendiri. Memang sedap tengah update ni pun terasa cam nak pergi serang je kedai makan ni tapi tak pe la next time. Atau ada sesiapa nak belanja boleh la roger2 Ty. Ahaks , kalau bab belanja mesti la laju kan,eleh korang pun mesti serupa je.
Harga pun berpatutan dengan portion makanan yang disediakan untuk dihidangkan kepada pelanggan. Berbaloi sangat. Adik sorang yang kerja kat situ pun teruja tengok Ty dan geng paintball agaknya sebab sempat bertanyakan cam mana nak join Ty dan geng. Wah , teruja sangat sebab macam ada ramai kenalan la lepas ni. Tapi kami tak makan free atau ada diskaun ye , entri ni untuk perkongsian bersama dan juga sekadar simpanan untuk tatapan di hari tua. (kalau sempat la jadi tua)
Selamat menerjah mana - mana cawangan Mr.Steak House yang berhampiran dengan u olls , selain di Seri Kembangan ni ada juga di sekitar Shah Alam dll.
dekat SK ea? nnti nak try. hehe
ReplyDeleteYup Liza , ajak la si Hencek Tunang pi.. nanti Ty gi skodeng.. hahaa
Deletemeleleh air liur,dah la belum makan lagi.. sodappp nyaaaa..
ReplyDeleteSabar dik... nanti gi cari ye..
Deletedekat mana ni?sedap nampak
ReplyDelete