Sahur Terakhir 1434H di Nasi Kandar Beratur , Pulau Pinang

11:31 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,

Selalunya Ty update entri berbuka puasa / beriftar dengan geng blogger dan kali ni rare sikit , soq dengan geng sekolah.

Huh ! Sahur terahir tahun ni Ty spend time dengan BFF dari sekolah rendah - menengah. Walaupun dah ada di Penang dari Sabtu lepas tapi baru berkesempatan. Memandangkan salah sorang dari korum geng sampai dari KL tengah malam tadi jadi kami amik peluang tuk jemput dia dan terus pi pekena nasi kandaq untuk soq dan bersesi luahan hati jantung limpa segala tok nek la. Malam semalam Penang kami punya.

Part ni lawak , cheq balik ja Penang , cheq la tukang plan sampai jadi driver walaupun tak drive kereta hak milik mak pak. Lolaq tak ? Sangat haru. Jadi plan pada mula nak pekena Nasi Kandar Misai , Chowrasta tapi tara pi dalam pukul 1 lebih pun dah "shave" licin segala lauk pauk. Tu dia , betapa marvelous. Terpaksa la cari alternatif laen , ke Nasi Kandar Beratur la jawabnya u olls.

Meh nak tayang bagi angpa terliur la sket ,




Tiga perut tong kosong yang mencekik tengah malam buta dengan tiga macam jenis lauk janji kasi kuah taruk ataih kasi banjir punya , anne oii.

Sebelum nak dapat makan ni , mau dok bertahaq perut yang berkeroncong la sebab dah nama pun Nasi Kandar Beratur , tak reti - reti ka , beratur la weyh!



Nampak?
 Kalau lapaq getaq , makan ja kat ghumah ,toksah dok buat sawan kat sini , penampaq nanti melekat buta ja mark body glove free nanti dapat. 

BFF si 2 orang Ty, laju punya balun , Ty termohyeh-mohyeh dok gagah sumbat , awat tak tau lani jenuh sangat nak perabih bila makan. Tapi tak kuruih , kuruih juga. Sepeterrr! Cik kak IR Gamuda la open table, thanks yaw! Lepas perut dah ke depan ngam - ngam kena streng , kami bersesi luahan hati jantung perut limpa hempedu dekat port orang dating, Promande . Kami pun nak dating, bertiga adalah lebih baik dari berdua. Eh. K daaaa.

Malam semalam malam terakhir berterawih , 
Pagi tadi pula pagi terakhir bersahur / soq ,
Petang satgi petang terakhir berbuka puasa ,
Ramadhan bakal melabuh tirai ,
Syawal bakal menjelma ,
Berkesempatan apa saja kita di Ramadhan 1434H?
Masihkan ada Ramadhan untuk kita lagi nanti?
Seronok-seronok juga , jangan "HUHAHUHA" sangat ,
Ada yang tak merasa apa kita rasa , 
Beringat lah sama ya , ampa semua.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ampun maaf di pinta atas segala kekhilafan di sepanjang pertemuan dan perhubungan dalam perkenalan antara kita. Semoga lebaran kali ini, lebih mengeratkan kita, menyatukan kita danmenguatkan hati kita untuk terus teguh bersama walau apapun terjadi di dunia dan akhirat. 

In Sha Allah.

8 comments:

  1. konpom nampak ke anak bulan syawal hari ne? hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nek roket semalam sampai bulan dah m tengah nak beranak satgi , haha..

      Delete
  2. perghhh semangat bersahur la TY ni... ena memang tak semangat la.. minum air je sahur.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainaa , tak dak la semangat mana , more to lepak w my girls. kalau kt umah mmg sama liat ja .

      Delete
  3. pergh! nasi kandaq beratuq.. sempoi! selamat hari raya la noh.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sempoi la. Sama2, Selamat Hari Raya juga la nooo... :-D

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
    Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

    Dari Hanif Idrus Blog and Family.
    Thanks be my friend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Eid Ul Fitr to u bro and family.
      Sempat lagi berbw ye.
      Thanks also for being my alam maya friend.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen