Duit Raya

Thursday, August 8, 2013

Salam Lebaran u olls ,

Hari Raya AidilFitri dah tiba , maka telah berjaya lah kita menunaikan ibadah puasa hampir sebulan. Alhamdulillah.

Setelah menunaikan solat sunat raya , sesi bersama keluarga yang pasti , bukan? Bersalam - memohon seribu keampunan , makan semeja dengan pelbagai jenis kuih raya dan hidangan menu utama di pagi raya seperti ketupat , nasi impit dan rendang. Selesai semuanya , kunjung mengunjung jiran dan sanak saudara antara aktiviti yang menjadi kewajipan.

Di hari raya ni , siapa yang paling gembira?
Keriangan paling terserlah di raut wajah si anak - anak kecil , kanak - kanak lah yang paling seronok bila tiba Syawal. Mungkin juga ada di antara mereka tidak lagi faham erti "raya" yang sebenar. Di mata mereka cuma keseronokkan ; dapat main bunga api + mercun dan paling ditunggu-tunggukan semestinya duit raya.


Tapi , situasi yang tidak masuk di akal fikiran apabila gambaran di antara si orang dewasa yang mengugut si anak kecik untuk beraya dahulu dan kemudiannya baru akan diberikan mereka duit raya , jika tidak tak dapat. Acah je katanya. Tapi sampai ke umur berapa pula akan dilatih sedemikian , itu yang terdetik di kotak minda. Akhirnya , pengertian duit raya bagi kanak - kanak akan tersemat dengan harus bersalam dan beraya sahaja. Begitu kah? 

Di situasi lain , semakin meningkat peringkat umur , semakin kecil nilai duit raya kecuali orang tua. Kenapa pula ada perlu dibandingkan dan ada jurang perbezaan antara faktor umur? Adil kah untuk mereka? Dan tak payah ke nak masukkan duit raya yang baru itu ke dalam sampul dengan warna - warna yang lain untuk membezakan nilai di dalamnya , musykil seketika. 

Apa pun , jangan manjakan mereka dengan ugutan nilai ringgit dan salah ertikan pengertian Raya pada mereka. Sayangnya , Ty memang dah tak dapat pun duit raya , kena bagi lagi ada la walaupun gaji cipot tapi alhamdulillah dengan rezeki itu.

10 comments

  1. seronok dak2 kecik dapat duit raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah semestinya la. klau org besar yg dpt ntah cmna la gamaknya ye happy nyer tu.

      Delete
  2. Tahun ni pon PCB dh start bagi duit raya.

    ReplyDelete
  3. kali pertama ke mari... salam perkenalan... wishing u selamat hari raya aidil fitri...

    p/s: memberilah duit raya mengikut kemampuan dan keihlasan hati...

    ReplyDelete
  4. Camat Ari Rayee Kak Yanty :)
    Nak wet raye...haha.. Kite pn dpt cket jew..dj besau an..kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Yana parapara Sakura =D
      Meh2 , berapa packet nak? Ahaks. Pasni lagi la xmerasa ahakssssss....

      Delete
  5. Yelah semakin besar semakin kurang dpt. hehe
    Segan pun ye jugak nak ambil bila org bagi. Tapi bak kata org rezeki jgn ditolak.. hehe..

    Selamat hari raya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha , ayat tak boleh blah , sabaq je la. =D

      Selamat Hari Raya.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.