Salam u olls ,
Bila syawal menjelang , rata - rata ada ja jemputan rumah terbuka tak kurang hebatnya ada juga majlis kenduri kahwin memandangkan musim sekolah. Cuma yang membezakan kedua majlis ni mestilah jenis makanan yang dihidangkan.
Raya pertama , lepas waktu solat Asar , dua buah kereta menuju ke kampung halaman sebelah mak Ty di Air Itam , raya pertama memang tak pernah bukan rumah terbuka dan rumah untuk semua sanak saudara datang berkumpul dan suasana memang riuh kecuali tahun ni , memandangkan ada sedikit kesulitan tak dapat dihalang. Tak berkesempatan untuk berjumpa yang lain , kerana agak lewat ke sana.
Raya pun macam tak terasa hangat macam sebelum ni.
Bersama mummy & daddy
Pelita yang menyerikan suasana di kampung halaman
Zara Arissa penyeri pada semua yang ada
Pada Raya ke-2 , mummy buat mini open house untuk kawan - kawan adik dan Ty , hanya hidangkan Mee Kari , Rojak Buah , Nasi Impit + Kuah Kacang , Ketupat Palas + Rendang Ayam juga kuih raya dan lain - lain.
Tak ramai kawan Ty yang datang , tapi paling rapat ja yang datang ; cuma tak sempat bergambar dengan Arina. Geng sekolah CGL datang riuhkan rumah di sebelah petang , dan malam pula geng sekolah PFS pula sambil main bunga api dan mercun. Lepas berstory mory , Ty keluar sama - sama masa semua nak balik tapi haluan Ty ke McD sebab mummy dan semua lapar tapi tak lalu nak makan apa yang ada. Lagipun mostly licin , suka mummy laku semua masakan dia. Nanti nak masak untuk geng kat Putrajaya pula.
Petang ni , ke rumah Fida tuk umah terbuka dan last meet up dengan geng PFS malam nanti.
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen