PADI House

12:29 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls,

PADI?
Dari padi terhasillah beras.
Butir beras lalu dimasak menjadi nasi atau bubur.

Oh okay, itu bukan cerita sebenar tapi sekadar nak berkongsi dengan korang tentang sebuah restoran makan yang rasa nya masih baru di sekitar Putrajaya.

Restoran diberi nama PADI House. Tiada kaitan dengan beras atau nasi mahupun bubur,ye. Tetapi ada dihidangkan nasi seperti disenaraikan di dalam menunya. Makanan ala-ala western yang lebih banyak yang boleh didapati di sini.

Lokasi ; Galeria PJH - berdekatan dengan KBS, Presint 4.

Antara menu yang dah di cuba di sana dalam 3 kali ke sana ;

Lunch dengan kak Zila ;







Dapat kupon dan cookies sebelum balik ;





Yang ini pergi waktu makan malam dengan si dia ;





Makanan dan harga berpatutan juga berbaloi.

Mummy dan kakak pernah juga makan di sini dan Marble Cheese Cake nya sedap. Gambar? Tak sempat snap, diaorang nak ngaapp masuk mulut.

Suasana yang sunyi ala romantik sesuai jika nak bersantai dan tidak speksifik untuk golongan low / high class walaupun luaran atau gambaran tempat ini nampak mewah pabila dipandang mahupun disebut. Janji ada duit nak bayar lepas makan ye.

Bagi sesiapa yang berada di Putrajaya atau sekitar kawasan berdekatan boleh lah singgah dan mencuba makanan di Padi House.

Selamat menjamu selera ye.

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. arghhh , tensennn nih . nape akk xpenah sampai sini eh ? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Akak kan stock -stock makan kat Hotel. Mana layan Restaurant. Hikhik

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen