Salam u olls ,
Arrggghhh , esok dah mula kerja balik ! Sekejap gila cuti Sabtu & Ahad ; hari minggu berlalu. Rasa tak puas berehat pun. Memang tak rehat la kalau dah penuh dengan aktiviti "outdoor".
Kenapa tajuk membina badan? Meh nak habaq apa aktiviti antara Sabtu dan Ahad yang memang kontra habis.
Hari Sabtu , layan Food Review dekat dua tempat. Sanggup ni singgah opis sat pagi tu , sempat pekena biskut 3 keping ja sebabnya nak kosongkan ruang perut untuk melantak dengan makanan yang bakal direviewkan. Sangat membina badan dengan makanan - makanan yang superb sedap lagi terangkat. Nanti Ty akan kongsikan cerita nya berasing sebab pergi 2 tempat berlainan dalam 1 hari.
Aktiviti hari Ahad pula , dari pagi Ty dah terlibat dengan perlawanan Ping Pong anjuran Jabatan Ty bekerja. Bukan lah terror mana main , tapi nak habaq mai yang alih - alih muka yang sama ja la dok tapau semua game kat opis tu. Kena dapat Anugerah Olahragawati camni. Ahaks!
Terjebak main Badminton sebelah petang selepas selesai pertandingan di Putrajaya. Gara - gara nak bagi barang tapi tapau pula 3 jam main badminton. Rasa nak lucut tangan. Walaupun hakikatnya tak kenal pun kengkawan atas kawan tapi dengan bersukan ni secara tak langsung I just make new friends.
Ahaks !
Itu lah dia program bina badan Ty di hujung minggu. Penuh dengan program , boleh bertenang dan rehat pun mungkin cuti balik kampung tuk beraya je nanti. Kalau la boleh rehat , mana tak nya driver tetap is me.
Okay , masa untuk terbongkang !
sangat aktif.. chaiyok2..hhihiii.. sihat tubuh bdn :)
ReplyDelete