Azul Authentic Nasi Kukus , Selayang

10:23 AM Yanty Lee 7 Comments

Ada pengemar Nasi Kukus?

Jom Ty suggestkan antara port dekat area Selayang kat u olls wajib terjah - Azul Authentic Nasi Kukus yang berdekatan dengan UiTM Medical Faculty , Selayang juga bersebelahan dengan dewan Ideal Convention Centre. Boleh la u olls guna khidmat waze untuk sampai ke sini dengan search landmark Ty gitaw tue.

Kedai makan-nya
Azul Authentic Nasi Kukus sebenarnya baru saja beroperasi dalam beberapa bulan yang lepas. Restoran ini berkonsepkan minimalis dan simple. Makanan di sini lebih kepada selera pantai timur dari negeri Kelatan. Yang menariknya , rempah untuk digunakan dalam masakan pula diimport khas dari bumi Kota Baharu , Kelantan. 


Uniknya , kebiasaan gabungan Nasi Kukus Ayam Berempah tapi di sini u olls boleh makan dengan 2 variasi yang lain lagi selain ayam , iaitu Nasi Kukus Daging Kerutuk dan Nasi Kukus Ikan Keli Berempah. Lain kan , makan dengan ikan keli tue. 

Nasi Kukus Ayam Berempah
Nasi Kukus Daging Kerutuk
Nasi Kukus Ikan Keli Berempah

Bak kata suami empunya pemilik restoran , kalau makan Nasi Kukus gandingan air yang "ngam" ialah A&W Float. Dan bila Ty cuba , memang terangkatlah. Lain dari kebiasaan kita semua selalu order Teh 'O Ais. Yang ni u olls memang kena try sendiri.

Coconut Shake pun hado , ikut selera tekak memasing la ye

Selain menu berasaskan Nasi Kukus , ada juga makanan ringan dan sampingan seperti Mee Kari Kerang. Kuah Mee Kari ni memang kaw - kaw sedap , secukup rasa walaupun penggunaan MSG yang sangat minima dalam penyediaan makanan di restoran ni. Kelainan menu Mee Kari Kerang ni , telur rebus separuh masa. Bertambah - tambah berselera bila makan sebab memang terasa kelainan tu.

Bagi yang nak lepak santai berborak tu boleh cuba Rojak Buah / Colek pula. 


Ni pula hasil tangan Puan Adda sendiri , semua kek - kek , muffin , tart dibuatnya sendiri. Pada yang berminat untuk membuat tempahan boleh di Facebook ; Nin9Landers & Everyone Can Tart .Dekat restoran ni takda , jadi kalau nak memang ke tempah dulu ye.

Kalau ada yang buat mesyuarat atau makan - makan , boleh buat pesanan dari Azul Authentic Nasi Kukus bagi perkhidmatan delivery yang juga disediakan. U olls boleh hubungi di talian ni - 019 633 9005 atau 018 369 8456.

Alamat :
AZUL AUTHENTIC NASI KUKUS 
No. 47, Jalan PS8, 
Prima Selayang, 
KM15 Jalan Rawang, 
68100 Batu Caves, Selangor.

"TAK PEKENA SASAU , KENA MENGIGAU !"

p/s : pekerja diperlukan

7 comments:

  1. mengapa semua ini harus terjadiiiii??/ Mengapa aku hanya mampu menelan ailio melihat semua yang lazat ini??? urgghhhh....yanty ko kejam ...hati ko keras yanty! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg ! Omeeegiiiii. Ko jangan kata ko mengandung pula Kak Hanim.. Ahaks!

      Delete
  2. Coconut shake tu mengigau tau....jom ty kita pi pekena lagi hehhe

    ReplyDelete
  3. thanks ty sebab nak belanja kite... :3

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen