Kempen Taja Shopping Raya 2015 bersama Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia

Thursday, May 14, 2015


Bulan Ramadhan tidak lama lagi , seterusnya pula kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di kala menanti hari lebaran , pelbagai persiapan dibuat agar suasana lebih meriah dan bermakna disamping sanak saudara. Namun , di kala itu juga , bagi mereka yang kurang bernasib baik lagi memerlukan ni seharusnya kita tidak lupakan. Sebaliknya menghulurkan bantuan yang termampu agar mereka juga merasai kegembiraan sepanjang Syawal seperti kita juga.


Sempena Aidil Fitri yang bakal tiba , Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia [klik] telah melaksanakan Kempen Taja Shopping Raya 2015 [klik]. Kempen ini bertujuan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang dan membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf di bawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra' SeMalaysia. Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun dan ianya adalah satu aktiviti wajib bagi Projek Iqra' untuk melaksanakannya.


APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2015?
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal. Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal. 

Secara ringkasnya, Projek Iqra' berhasrat untuk:
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal. 
  • Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati di dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Syawal anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.

SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM SHOPPING RAYA 2015?
  • Anak Yatim Asnaf
  • Anak-Anak Asnaf
  • Ibu Tunggal
Rumah kebajikan yang terlibat adalah di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu


BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU?

Sumber dari SINI

Anda dijemput serta dialu-alukan untuk menaja seorang anak yatim / komuniti bagi program ini, dan selain dari itu pihak Projek Iqra' akan mengumumkan nanti tentang pendaftaran untuk:
  • SUKARELAWAN MEMBAWA ANAK-ANAK
  • SUKARELAWAN FOTOGRAFI
  • SUKARELAWAN VIDEOGRAFI
  • SUKARELAWAN SEMASA PROGRAM
  • SUKARELAWAN BLOGGER (UNTUK SIARAN "EVENT" INI DI BLOG ANDA

BAGAIMANA WANG TAJAAN INI AKAN DIBELANJAKAN?

Sumber dari SINI


SHOPPING RAYA 2015 KINI DIBUKA UNTUK TAJAAN!!!

Taja Shopping Raya 2015 di sini. Maklumat lengkap di www dot shoppingraya dot org**
{**masih belum boleh dilayari sepenuhnya - akan dimaklumkan dari masa ke semasa apabila laman web telah sedia}


BAGAIMANA UNTUK MENAJA SHOPPING RAYA 2015?
  1. Masukkan jumlah tajaan RM200.00 di ruang di atas kotak "Donate NOW"
  2. Klik butang "Donate NOW"
  3. Isi bank pilihan untuk transaksi ini dan lengkapkan maklumat anda.
  4. Klik "Donate NOW"
  5. Masukkan "Username" dan "Password Internet Banking" anda.
  6. Lengkapkan proses "Transfer Money" di dalam talian.
  7. Anda akan menerima pemakluman di dalam bentuk e-mel untuk rujukan transaksi ini.
  8. Anda akan dapati nama ada tersenarai sebagai "donor" di ruang bawah entri di pautan INI... atau melalui "online transfer" ke akaun:

Nama Akaun : Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia
No. Akaun : 5648-1050-4003
No. Tel : 019-217 5597 (Bendahari - Suhaimi Abdul Manan)
Nota: Sila e-melkan maklumat penaja (nama, no. telefon, alamat) berserta slip transaksi kepada [email protected]


Untuk maklumat lebih lanjut:
atau sila hubungi :
  • Solleh  : 017 - 670 2033
  • Sharifah : 017 - 274 8904
  • Khairul Anuar : 016 - 736 1067

4 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.