Hari 2 : Bercuti di Pulau Mabul - Seahorse Sipadan Scuba & Pulai Kapalai

4:19 PM Yanty Lee 7 Comments

Hari kedua di bumi Sabah , pukul 5 pagi dah terjaga sebab cerah terang menerang dah. Sekadar terjaga je la lepas tahu masih awal , jawabnya tidoq balik . Ahaks ! Lepas breakfast , kiterorang bersiap untuk check - out dan berkumpul di Jeti Umum Semporna. Tujuan berkumpul tu sebabnya nak bertolak ke Pulau Mabul dengan bot. Agenda yang kiterorang semua nanti - nantikan.


Boleh tahan jauh jugak la perjalanan kiterorang merentasi lautan nak sampai ke sana. Almost 1 hour plus . Apa - apapun , Alhamdulillah semuanya selamat sampai ke tempat penginapan - Seahorse Sipadan Scuba.

Kemain romantik sangat aih bilik tidur nya.

Bersantai dengan +Iena Arryiena 


Mangsa untuk makan malam , Mr.Crab yang segar dijual dari orang kampung sendiri. Lingkungan harga dalam RM20 hingga RM25 sahaja. Ketam dah la besar - besar , isi ketam pun padat. Perghhhhh. Kenyang gegiler la. Udang lipan pun ada dierorang jual. Memang percutian selama 4 hari 3 malam ni , kiteroang melantak seafood ja.

Pulau Kapalai

Snorkeling pertama kami di sekitar Pulau Kapalai. Pulau Kapalai ni memang cantik gila! Nak menginap kat sini pun agak mahal harga dia. Honeymoon boleh la kot. Sedihnya , casing waterproof untuk henpon mengalami masalah teknikal , locknya jatuh ke dalam dasar laut. Walaupun ada gopro , tempat kiterorang snorkeling tak berapa best nak bergambar. Serdak - serdak ja , maybe sebab kami ramai sangat kot. Insiden terluka pun tercipta meninggalkan kenangan dari Mabul , habis calar balar kaki sebab terkena batu karang.


Redha ! Itu je mampu dikatakan . Meredah balik ke chalet dengan keadaan bot tanpa bumbung. Dengan tak sengaja hakak sorang ni dah terpatahkan bumbung bot kami naiki. It's OK , kak. Kami semua OK ja bah! Tak mencabarlah kalau tak ada insiden tak meninggalkan kenangan bersama kan?

Balik dari meng"hitam"kan tona kulit masing - masing , semua nak serbu bilik air mandi tapi tak semua dapat mandi. Air dalam bilik air sangat limited edition. Insan - insan terpilih sahaja yang bertuah dapat mandi , Ty dan +Iena Arryiena la antaranya. #eh . Dah wangi , kiterorang jalan - jalan sekeliling kampung sampai ke sebelah belakang pulau tunggu senja.

Comel jah anak - anak ni , tala lens dah tahu nak pose camne.


Memang lain suasana dekat perkampungan orang - orang kat Pulau Mabul ni. Cara permainan yang anak - anak Mabul ni main pun sangat rare. Terpegun la juga tengok sebab teruja sangat - sangat. Cool nya adik - adik perempuan pun layan main bola sepak dengan geng lelaki. Power!

Meronda sampai nak senja , view pun cun gila - gila. Nak beraksi lompat tinggi - tinggi dengan +Iena Arryiena asyik tak menjadi ja , orang dah ke langit dia tak capai - capai lagi. Tak ada la gambar yang cun walaupun dah bershot - shot tembak. Grrr... 

Cantik kan?!

Lepas ronda - ronda , lepak santai sebelum makan malam. Cam biasa makan malam kami mestilah seafood ! Makan sampai bloated !


Perut masing - masing dah kenyang. Tapi semua orang kena berkumpul untuk sesi Ice Breaking , sekadar memperkenalkan diri masing - masing. Malam pertama di Semporna tak dapat nak buat sebab timing tak kena. Selepas dah berkenalan , kami teruskan dengan sesi ExChange Gift.


Macam - macam hadiah dari derang. Walaupun AJK Hadiah agak ting tong dan blur  sepanjang "game" berlangsung. Sepatutnya Fandy lebih tahu dan arif tapi sampai ke sudah dia masih tak nampak picture of the game. Kelakar tengok gelagat masing - masing masa terima dan beri hadiah , ada cam nak tak nak bagi pun ada , yang bagi kat kawan sendiri pun ada tapi dah dia yang cabut nama dalam bekas jadi game is on. Ikhlas ke idok , masing - masing punya hal la.

Malam tu memasing tidur nyenyak dengan hadiah masing - masing. Erk?

Baca juga : Hari 1 : Bercuti di Pulau Mabul - Dragon Inn , Semporna

7 comments:

  1. Nice destination! Gambar semua lawa lawa cayaaaalah!

    ReplyDelete
  2. sakan ye die..haha..gambar ketam tu paling hot...geram nak masak..hahaha

    ReplyDelete
  3. Bestnya, macam nak pergi tapi bila tengok ada lagi kes penculikan di Sabah tu macam takut pulak

    ReplyDelete
  4. best la pulau ni.rasa macam nak pegi.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen