Aroi Thai - Boat Noodle & Street Food , Cyberjaya

7:23 AM Yanty Lee 5 Comments

Pernah dengar / makan "Boat Noodle" tak , u olls ? Dah makin femes kot kan , selalu je lalu timeline dekat FB / Instagram etc . Wohoooaaa , kali ni Ty gi menternak lemak makan boat noodle yang comel - comel kecil molek dengan geng opis dekat Restoran Aroi Thai , Cyberjaya 

Model part time - +ara leeya 

Sebenarnya , seharian masuk opis tapi ada hal di luar kawasan opis . Bila big boss amanahkan untuk gi ziarah mak Kak +Nadia Azis yang kurang sihat dekat Hospital Selayang . Sekaligus gi tengok Mr.Reddy dekat Sungai Buloh. Singgah Cyberjaya sebab nak makan , kononnya nampak kedai ala Thai ni nak makan panas - panas sebab baru lepas hujan . Rupa it's boat noodles .

All for RM1.90 each ! | Everything for RM1.90 each !

Buka - buka menu , semua terkejut dan teruja bila nampak tertulis semua makanan dan minuman harga RM1.90 sahaja . Macam Ty kata tadi la , boat noodle ni dalam bekas yang comel kecik molek gitu so okay la dengan harga yang ditawarkan tu . Jangan ingat cam order kat kedai biasa dengan pinggan besar sekali portion yang besar pula.


Penuh meja kiterorang . Untuk 5 orang makan tapi nampak cam gila banyak kan , tapi ada ja perut - perut yang rasa tak puas makan . Gambaran dari atas ni mungkin tak berapa nak jelas bertapa comel je mangkuk kecik comel lotey tu . Portion untuk makan ni boleh la sekadar alas perut atau sesuai sesangat bagi yang bajet - bajet on mood diet . 

bluuurrrrrpppp ~ الحَمْد لله‎
  
Licin terus meja dalam masa sekelip mata . Ternyata semua lapar , cukup la makan ala sederhana gitu . Ha nampak tak bertapa kiut nya mangkuk tu . Kecil ja , sebab tu la kot di beri nama "boat" . Overall , semua makanan dan minuman kat sini sedap dan ada rasa . Pasni kalau nak jimat , boleh la datang sini .

Muka terukir senyuman lepas dapat makan


Alamat :
Aroi Thai - Boat Noodle & Street Food , Cyberjaya
Unit P1-31 , 2350 Shaftbury Square , 
Persiaran Multimedia Cyberjaya 6 , 
Selangora Darul Ehsan .

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen