Semakan Status Permohonan Perumahan Penjawatan Awam 1Malaysia

11:14 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls , 

Eh , PA dah gaji hari ni kan , ada juga yang membanjiri dewan peperiksaan untuk menduduki exam KPSL.
Good Luck & All the best

Baru sedar , Ty tak semak lagi status permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang kononnya akan dimaklumkan pada 24hb Mei 2013 , tapi terlupa atau boleh dikatakan terlalu sibuk menerima arahan kerja jadi tak terlintas di kotak minda Ty pun pasal semakan ni. Well , hari Isnin kan semalam , memang macam - macam la tugasan nak dipulun dan buat , walhal tidur kat office pun belum tentu siap semua kerja apatahlagi kalau esok lusa temui ajal pun , pasti kena ada si pengganti untuk sambung siapkan kerja. Lumrah,  dah amanah katanya.

Majoriti Putrajaya-ian mesti mohon Perumahan Penjawatan Awam 1Malaysia peringkat Fasa 1. Dah semakan ke?

Frust sangat ni , bukan sebab tak dapat tapi semakan selanjutnya pada 30 Ogos 2013 pula. Dengan lafaz Bismillah dan penuh berdebar tapi debaran tu kena tunggu lagi beberapa bulan dan hari. Suspen betul la.



Semakan status permohonan :
Sila hubungi 03-8000 8000 (1MOCC) untuk sambungan kepada Puan Hazarina (8046/8212) bagi pertanyaan lanjut.


Buat yang nak semak juga , boleh la masukkan Nombor Kad Pengenalan u olls untuk tahu status semakan dan Ty rasa pasti sama sahaja , bahawasanya kita semua kena tunggu sehingga pada 30 Ogos nanti. Doakan la semua nya yang baik - baik. In Sha Allah , Amin.

Walaupun penantian itu satu penyeksaan , ku akan tetap menanti dengan penuh kesabaran dan debaran.

4 comments:

  1. hahaha kita serupa la yanty..
    sabo jela kan..sekali tunggu punye tunggu tk dapat..hahaha
    mmg btul2 ujian la..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak oiii , berdebar giler. doakanlah ye , berjiran ke nnt kan opps..

      Delete
  2. amin mudah2an kita bdua dapat..
    bjiran ke tak citer no.3..hahaa takot tk dpt je ni..adoii

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen