Pantai Timur , Aku Datang ! - Day 2

11:37 PM Yanty Lee 18 Comments

Salam u olls ,

Rombongan Cik Kak Sue @ Kak Ngah datang lagi , ahaks.
Al - kisah pada hari pertama dah terburai dan terungkai di entri sebelum ni ,
Pantai Timur , Aku Datang ! - Day 1 .

23hb Mei 2013 ,

Masih di teratak keluarga Kak Sue , di Kuala Lipis. Kami sampai lebih kurang jam 3 macam tu. Salin pakaian dan solat Isyak terlebih dahulu sebelum masuk tido. 

Ingat lagi dengan Telur + Timun yang dibeli oleh Kak Sue?

Keheningan Subuh di kampung , memang tak dinafikan betapa liatnya nak bangun dan solat Subuh , namun digagahkan juga. Kekononnya nak lelap sat tapi lain jadinya , bila terlayan game Candy Crush. Few minutes  ja sempat dah kena sergah dari Kak Sue suh bangun , dengan kepala kosong , terus masuk mandi. 

Cheq orang pertama dah siap. Bravo la sangat sebab kalau kat kampung sendiri memang tidak la sedemikian.

Nasi Lemak for breakfast. Yeah , bahan - bahan seperti telur + timun la yang digunakan oleh Kak Sue untuk menjamukan kami.

Selesai bersiap dan makan sarapan pagi , masanya untuk gerak ke Kelantan. Dalam perjalanan , kami berhenti di Machang  untuk menjemput Mawardi , jemput tepi jalan dekat bustop je , sempat la makan kuih muih yang dibekalkan dari emaknya. 



Syukur Alhamdulillah , perjalanan kami berjalan dengan lancar dan semuanya baik - baik sahaja. Kami singgah sebentar di Pasar Pasir Mas , untuk mencari sejenis makanan yang unik di negeri itu. Ia adalah sejenis siput / kerang diberi nama ETOK ( mohon tidak diterbalikkan ejaan nya , TK ).


Sedap ! My first time ,  of course. Boleh la tengok video kami yang ala - ala jakun dengan makan baru yang dirasa.

Lawatan sambil belajar sejarah diteruskan ke Wat Photivihan  untuk  mengimbau kembali sejarah The Sleeping Buddha yang terletak di Kg.Jambu , Tumpat. Dan difahamkan bahawa ianya adalah antara yang terpanjang di Asia Tenggara ; kira - kira 40 meter. Eh , terbagi sedikit informasi pula. 


Tu dia , dari Kuala Lipis , Pahang ke Machang - Pasir Mas - Tumpat. Dalam sehari berjalan sakan kan. Eh Kami semua dak abes bersakan lagi , memandangkan semua pakat lapar , kami pekena pa yang patut di sekitar gerai - gerai berdekatan dengan Pantai Sri Tujuh , Tumpat. Jangan terliur ye , kalau yang mengandung , maafkan cheq naa.


Nampak tak , tak jelas lagi tak tau la apo nak dikato.  Nom Nom Nom ... it's Seafood Celup Tepung  nak habaq mai kat u olls , m-a-r-v-e-l-o-u-s ! Ini hanya ala - ala jajan gitu , nasi kena bendal juga. Kalau dak kuruih nanti anak mummy daddy , kan. 

Kebuntalan selepas melantak membawa kami bersantai seketika di tepian pantai , terasa tenang dan kosong seketika tika bermain dengan air laut yang pasang. Bergambar bersama mereka untuk disimpan untuk kenangan hari tua. 


Selesai sesi photography bersama , kami menuju ke Homestay An-Nur , Wakaf Bharu ; tempat kami semua menginap untuk 3 hari 2 malam  ,  hanya RM150 untuk satu malam , dengan keadaan rumah yang sangat selesa adalah berbaloi.

Untungnya , the girls dapat memanjakan diri memasing dalam bilik yang berair-con dan syukur nya dalam bilik utama ni juga ada bilik mandi + tandas , tak la rasa kekok nak ke hulu ke hilir depan dak - dak lelaki. Jejak ja kaki , semua terus bersihkan diri dan bersiap sebab nya pengembaraan kami masih belum selesai.

Kupu - kupu malam dah kami semua , ke Wakaf Che Yeh  pula , u olls. Lebih kurang macam up/down-town di Kuala Lumpur / Selangor dan mana-mana berkenan , mereka memang gila shopping. Baik perempuan , dan lelaki. Tak ada beza nya. 

Pulut Ayam  


Dan sempat Kak Sue perkenalkan satu lagi makanan dan yang pasti nya memang tengok pun menyelerakan too bad Ty dah start batuk yang menjejaskan selera tekak dan deria rasa. Kasihan kan sama diri ku ini. Sungguh menyedihkan.

Oh OK , Ty hanya berhasil membeli sehelai seluar Palazzo dan semuanya gara - gara hasutan dan godaan serta tunjuk ajar dari sifu kami , Mieza. Screw you , girl ! But I like it.

Duit tak leh perabih di sini , jadi kena kawal nafsu masing - masing. Letih berjalan sekitar Wakaf Che Yeh , tidur pun nyenyak malam tu. Bukan hanya gadjet memasing je dicaj satu rumah tapi kami manusia pun perlu rehat dan re-charge untuk ageda keesokan harimya pula.

Dah lewat juga sekarang ni , masa untuk Ty rehat la juga kan. Esok entri untuk Day 3 pula , In Sha Allah.

To be continued...

18 comments:

  1. hahahah... pulut ku dalam peti ais x makan ngeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pulut je tapi segala mak nenek moyang korang beli tak reti2 makan bagi abes kan. Pembaziran hokayh. Grrr.

      Delete
  2. Replies
    1. My dear, baru permulaan hari kedua. Ada 3 hari lagi. Tunggu esok pula.

      Delete
  3. Replies
    1. Memang kerja kami makan dan merasa makan pantai timur. Dap juga dan puas hati. Yummy.

      Delete
  4. Bestnya dapat berjalan .. tambah2 lagi dapat rasa makanan sedap2 kat sana .. untung ler ty :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tak rasa letih sgt , mkanan2 la yg menerujakan Ty dan lain2. X untung mana pun Iffah, syukur dpt cuti dan join mereka.

      Delete
  5. wahh, bestnyaaa.. tapi part makan yg paling besttt. berliur ni. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. part makan mmg best sebab lain dri negeri sendiri dan yf de di KL.

      Delete
  6. Nak itottttttttts. Awat xhajak abe skali? Nak nanes la :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ikot gane la Abe oi. Mung maley tu kan akad nikoh. Jgn nk nanes sgt ye. Tahniah skali abe dgn sekali lafaz sah jadi suami Kak Ma.

      Delete
  7. jeles! abe que : kannn, xhajak kite skali :'( .. ehh yang ETOK tu kan, hahahaha akk br perasan .wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Jangan la jeles kak. Dah ajak kan cuma akak de exam l. Clash jadual. Haha apa ni ore kelate baru perasan. Opsss. Jeeb ajar kami semua sebenarnya. LOL

      Delete
  8. ahaha..nice nice leh jd tukang hasut lg ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasutan kamoo yang menerujakan kami okay. tapi segan pula nk pakai kat Putrajaya . ahaks.

      Delete
  9. rasa mc teringin pulak nk g sana ~ ummmm

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen