Pantai Timur , Aku Datang ! - Day 5

Monday, June 10, 2013

Salam u olls ,

Hari-hari terakhir bercuti sesakan yang mungkin di Pantai Timur.

Pantai Timur , Aku Datang !
26hb Mei 2013 ,

Arghh , liat nak mampuih nak bangun Subuh , best la tidur di kampung. Sejuk dalam tidur leh berebut selimut dengan si MekSu @ Qaseh sebenarnya. Repacked lugagge - iron baju - mandi. Pergh sejuk gilos wei tapi rasa tak maw keluaq pula. Sampai da orang nak mandi pulak , baru muka toya ja keluaq dengan rasa tak bersalah mandi punya lama. Ready suma , bekpes dulu. MekSu @ Qaseh , kabo ke Mek , terima kasih ye.

        

Kakak Kecik , naah antara gambar Ty dan mereka-mereka di rumah MekSu.

Destinasi seterusnya mengambil masa kira-kira 1-2 jam perjalanan , namun sebelum sampai ke destinasi ada beberapa stopped. Antaranya , selepas keluar dari perkampungan Tok Has , di persimpangan jalan raya, kami singgah sebentar di Masjid Ulul Albab juga dikenali sebagai Masjid Kayu.


Tujuannya kami berhenti semestinyalah untuk bergambar dan juga menjejak kaki ke masjid yang 100% pembikinan daripada kayu. Superb cool , hokayh guys. 

Lepas tu singgah sekejap di rumah kawan Kak Sue , makan lagi u olls , tak cukup bendal bekpes di rumah MekSu @ Qaseh. Bela saka agaknya puwok-puwok ni. Kak Sue singgah pun sebab nak tunjuk muka sebab dah alang-alang da berdekatan lagipun adik kepada kawan dia bakal melansungkan majlis lagi beberapa hari sahaja.



Pengembaraan kami terhenti sebentar di sekitar Masjid Kristal , Ty & Mieza dan solat jamak di situ. Wheeeee , teruja sangat nak baq mai. Sempat la jalan-jalan dan melepak surrounding Taman Tamadun Islam. Tapi kami mengejar masa yang amat mencemburuikan kami semua jadi tak dapatlah lepak lelama.

Bau ikan tak ? Sebab kami singgah di kedai Kak Yah Keropok Lekor di Kuala Terengganu. Masa untuk borong keropok lekor u olls. Tak sah la kan kalau dah ke Terengganu tak beli atau makan keropok lekor. Dalam kereta , berbau semerbak la jawabnya. Mana tak nya dak-dak ni semua pulun makan lapik perut.

yummeyh right?!

Destinasi kami berakhir di Pasar Payang , Kuala Terengganu. Firstly , cari makan nak di isi. Baru melilau dalam pasar tu. Tak de memborong sangat dah cheq ni , adop mood gitu. Dop tahu nape tapi saja je, ley ke gitu? Wi laluan ke saing-saing la pulun memborong.



Sebelum bertolak pulang ke Putrajaya dsbnya , posing - posing terakhir memang sudah antara atur cara yang tak perlu dicatatkan , tapi sendiri mau egat la. Ha hebat sangat kan. Baik pompuan , baik laki. 2 kali 5 sama ja. Bergambar itu wajib , harus , sunat etc.


Bismillahirrahmanirrahim , kami pun gerak pulang ke Putrajaya , walaupun hampir senja. Kami terpaksa mulakan perjalanan. Geng-geng Whatsapp yang tak dapat turut serta trip ni memang terbaik. Abang Ben Ashaari , Sis Lin , Kak Fiza dan PakCik Mat Gebu , berpesan macam-macam pesanan untuk kami semua serta diiringi dengan doa. Thank you ye semua. Pesanan dari Abang Ben , paling gerun. Semua passangers tak boleh tidur. Teman driver. Dan berhenti untuk rehat.

Pergh! Perjalanan berliku-liku , dengan lori-lori. Rasa nak terpelanting semua organ-organ tapi kuatkan mental dan fizikal untuk stick to the driver. Tolong fokus dan teman encek drebar ; MK Syahir.Paling tak tahan , Mawardi sesangat lah jujur dengan tutur kata tentang apa yang dia nampak dalam gelap sepanjang "jalan raya". Kononnya "Ba Alif Ba Ya" puteh , katanya. Rupanya. Lu fikir la sendiri.

Berehat sekejap di kawasan rehat Ajil. Dan terus solat. Sebab gerenti kalau dah jejak ghumah semua terbongkang punya. Boleh pula nak jadi dalam perjalanan , kejadah menda menyala dekat kereta si dak Caer , selamat la ada manual , dari satu page lompat ke satu page nak tahu cara untuk padam lampu yang menyala tu. Terpaksa lah stop kat Lachang sat , restart kereta. Alhamdulillah , berguna juga manual dan aku. HeHe.

Hampir jam 3 pagi kami sampai di Sungai Besi , sesi menukar penumpang dan pengagihan barang. Sebab nak split gitu. Reached safely di Putrajaya dah hampir 4 pagi. Oh My Gosh! Kerja oh Kerja. Kepala sangat weng. Sebab Ty memang tak tidur langsung dan teman the driver. Such a bravo job for me , sebab berjaya berjegay walhal patut ke kontor.

Too bad , Ty tak mampu nak ke pejabat. Dizzy yang amat sekali. Tapi bila terjaga pukul 9 pagi sesungguhnya rasa menyesal tak masuk kerja. Boring staying at home walaupun tonnes of clothes untuk dicuci. Tapi haprak , apa pun Ty xbuat. 

Perjalanan - penerokaan - penjelajahan kami pun sudah berakhir. Mungkinkah ada lagi vacay lagi , tunggu dan lihat. In Sha Allah.


Guys , I am so happy to be with each and everyone of us during the trip we went through together. Thank you from my bottom of my heart for every single things , also sorry too if I do hurt any parties. Glad to know you people , now we just like brothers and sisters. United to be one as a family. No gap, nothing. Between one another. If there's anything for you to speak out and say to me, please do so. Maybe if not in this commenting on the blog of this entry , do not hesitates to just shot me on FB / personally Whatsapp me. Or call me , perhaps. No matter what , I just would like to say that I LOVE U, yes each one of you.  Thank you again for accepting me as one of your friend. =)

14 comments

  1. Assalam yan ty,
    lama x menjenguk ke blog awak.. wah best nyer g terengganu. nak kepok lekor skit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Syaz, selalu2 la datang ye. Haha kepok lekor dah abes. next time.

      Delete
  2. tak naik cruise kat TTI ke...pusing2 pulau tu best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. panaih terik la akak oii , gipun kejaq masa nak pi Pasar Payang and balik Putrajaya.

      Delete
  3. jeles lagi :'( haa mana kopok lekor??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh , terlupa nak belikan utk akk. Grrr...Hehehe

      Delete
  4. baru ku tahu masjid kayu tu namanya masjid ulul albab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu , bagus la cheq orang luar pun habes pusing baca kat papan kenyataan apa nama masjid ni. Bangga jap.

      Delete
  5. tudiaaaa syiokkkknya bejalannnn... time ni awin kat Melaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la seronoknya Awin,xhello2 sebab rushing.

      Delete
  6. hamboihhh...
    bestnyee bejalan sakan koang ye :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee xsakan mana la,mengekoq ja saya ni...kak oiii.heeee. awat xboleh masuk ur blog?

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.