Berjaya Tawan Bukit Broga

9:48 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam uolls,

Weekend uolls dihabiskan dengan aktiviti apa saja?

Ty?
Sepatutnya padat jadualnya tapi terjadi ringkas kesudahannya.


Berjaya!
Iya, Ty berjaya tawan Bukit Broga. Kisahnya semalam, Ty dan kengkawan opis berjaya mengharungi liku-liku perjalanan untuk sama-sama ke puncak bukit. Alhamdulillah and yes, I did it.



Walaupun tak cukup tidur. Gara - gara malam sebelumnya Ty tidur lewat, dan kena bangun awal sebab bus dari opis bergerak jam 5 pagi. Fuh, rabak oi.



Sesungguhnya, Ty lebih pentingkan diri Ty sebabnya Ty tahu Ty sendiri pun tak cukup fit dan kondisi kaki terseliuh bertahun dulu mungkin boleh terjadi. Bukan pentingkan diri sendiri, cuma lebih kepada beringat-ingat. Takde nak 'huha' sangat.


Ini adalah pencapaian, Ty pernah ke sini dulu tapi geng surrender untuk teruskan ke next peak. Tapi kali kedua ini, Ty berjaya sampai jua di puncak. Semangat yang ada lain macam sikit. Yang tahu, nak naik and turun cepat.

Oh Ya, Trek mendaki dah lain.

Bila sampai di puncak, ternampak pula papan tanda naik ke atas lagi menuju Gunung Tok Wan.  Terdetik dalam hati, mencabar macam mana pula agaknya tu.


Part paling tak suka lepas dah mendaki naik ialah nak turun balik. Memang lemah. Ini kali, Ty memang gamble sorang diri dan mengikut saja geng sendiri dan orang lain dengan perlahan-lahan. Biar lambat asalkan selamat. Gitchew. Iyalah, kaki nak pakai lama kot. Jadi kena hati-hati dari tergelincir atau terhentak kuat lutut dari berlari turun mahupun melompat.

Jenuhlah la hingaq kat depa berdua

Kepuasan. Lega dan seronok dapat juga cabar diri sendiri redah. Walaupun Ty sebenar tak minat pun aktiviti mendaki ni. Lagipun, mood nak ke sini pun memang tarak. 0% pun xde, lebih kepada Negatif. But somehow, Im just having fun and make myself enjoy up there at the peak.

Dah nek sampai atas, toleh² ada yang tengah sibuk bergambar kat hujung sana lagi.


Kalau diajak lagi, maybe I will think wisely dan group yang nak gi tu mestilah masuk kepala bukan besar kepala. Bukit Broga je pun kan, bukan Everest. Chillax sudah.

Bus dah tunggu.

Sebabkan matahari dah panas terik, maka Ty tak jadi gi luncheon di Bangi Putrajaya Hotel dan Hi Tea dekat Bangi Sentral. Balik rumah, berehat dan menghadap laptop saja. Gitulah aktiviti seketul blogger part time di hujung minggu. Krik³.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen